GKP 4.0: Semak Status Lulus & Tarikh Bayaran RM500 Bulan September Untuk Para Peniaga

 

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.

Bayaran GKP 3.0

Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.
Bulan Bayaran GKP 3.0:
  • RM1000 Jun 2021
  • RM500 Julai 2021

Semakan Status  & Tarikh Pembayaran GKP 4.0

Semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021.
Pembayaran GKP 4.0 Fasa 1 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah:

  • Bermula 21 September 2021 secara berperingkat dengan amaun bantuan sebanyak RM500.

Bayaran GKP 4.0

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021.
Bulan Bayaran GKP 4.0:
  • RM500 September 2021
  • Rm500 November 2021
Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka, Insya-Allah.

Kenyataan Rasmi Bayaran GKP 4.0

Permohonan Baharu GKP 4.0

Usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran baru telah pun bermula pada Julai lalu.