Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: Diskaun Sehingga 40%

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: Diskaun Sehingga 40%

Inisiatif Menu Rahmah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sehingga hari ini masih lagi wujud walaupun tidak mendapat liputan meluas dan usaha ini dipergiatkan lagi dengan pengenalan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan.

Inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.

Anda Mungkin Berminat:

Syarat Permohonan

Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun ini, anda mestilah mematuhi syarat permohonan seperti yang ditetapkan di bawah:

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: Diskaun Sehingga 40%

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bagi Kad Diskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah.

Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Kad Diskaun Khas Menu Rahmah?

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Senarai barangan yang mendapat diskaun dalam program ini?

Ayam, bawang dan barangan makanan asas

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.