RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4

RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4

Bermula tahun 2023, kerajaan Malaysia Madani telah bersetuju untuk melaksanakan sebuah bantuan tambahan khas kepada penerima STR sebanyak RM1000.

Bagi yang tidak tahu, bantuan ini boleh dituntut sekiranya berlaku kematian ke atas penerima STR ataupun pasangan penerima yang telah meninggal dunia. Nama program bantuan ini adalah Skim Khairat Kematian(SKK) yang dilaksanakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).

RM1000 tambahan
RM1000 tambahan

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

RM1000 Tambahan Penerima STR Fasa 4

Bantuan RM1000 tambahan buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima STR Fasa 4. Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Siapakah yang layak menerima RM1000 tambahan ini?

Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.

SKK
RM1000 tambahan

Kategori yang layak menuntut RM1000 tambahan

Penting

Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:  

  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu 

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang diperlukan untuk tuntut RM1000 tambahan

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.

  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Bulan November 2023

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4 yang dikreditkan baru-baru ini

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Sementara itu, bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM400
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM300
3 – 4 AnakRM400
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM300
Bujang 21 – 59 TahunRM200
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM200
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.