Fasa Kemaskini UPU Online Sesi Akademik 2023/2024

Fasa Kemaskini UPU Online Sesi Akademik 2023/2024

Pemohon lepasan SPM 2022 boleh mengemaskini pilihan program pengajian
yang LAYAK berdasarkan keputusan SPM 2022 bermula 11 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua calon.

Fasa Kemaskini UPU Online

LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024

BERMULA 11 JUN 2023 | JAM 12.00 TENGAH HARI SEHINGGA 13 JUN 2023 | JAM 5.00 PETANG

Tapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.

Calon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.

Kemaskini UPU Online

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang tarikh dan cara membuat kemaskini UPUOnline.

Tempoh Kemaskini UPU Online

Bermula 11 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.

Baca Juga:

Apakah Definisi Fasa Kemaskini UPU Online?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Kemaskini UPU Online

Cara Kemaskini UPU Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat kemaskini UPU Online:

  • Pemohon boleh membuat pengemaskinian di laman web https://upu.mohe.gov.my/
  • Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan’.
  • Log masuk seperti biasa
  • Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  • Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH’ dan ‘HANTAR’
Kemaskini UPU Online

Maklumat Lanjut

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~

  • TikTok: @bkpaupau
  • Facebook: Kemasukan bkpa jpt
  • Telegram: UPUONLINE CHANNEL
  • Instagram: @kemasukanbkpa
  • Youtube: bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-

  • Hotline UPU: 03-86842363
  • Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
  • Emel: [email protected]
  • UPUChat: https://upuchat.org/

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.