Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Baca Juga:

Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa penerima bayaran fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini yang bukan penerima Fasa 1 dan 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Jumlah STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah keseluruhan STR Fasa 3:

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Julai merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan

Berikut adalah jadual tarikh bayaran STR Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023:

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Maklumat Tambahan:

  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada Julai 2023
  • Seperti sebelum ini, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Semakan Status Penerima STR Fasa 3

Semakan Status STR boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kategori Penerima STR Fasa 3

Kategori yang layak untuk STR adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima STR sebelum ini dan telah membuat permohonan, anda akan dapat bayaran pada Fasa 3 nanti.

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 3 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin: atau
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalh 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalah 21 -59 tahun; dan
  • pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Siapakah yang layak terima kadar tambahan RM600 STR?

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.

Cara membuat semakan status STR fasa 3?

Semakan Status STR fasa 3 boleh dibuat di laman web STR