RASMI: Bayaran STR Fasa 3 Sebelum Hari Raya Haji

STR Fasa 3 Dibayar Sebelum Hari Raya Haji

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan mula dibayar sebelum Hari Raya Haji tahun ini.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan khabar gembira itu ketika sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Parlimen.

Untuk makluman anda, tarikh Hari Raya Haji pada tahun 2023 adalah pada 29 JUN 2023. Hal ini bermakna bayaran STR Fasa 3 diawalkan yang sebelum dijadualkan pada bulan JULAI.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkenaan STR Fasa 3.

Baca Juga:

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Seperti sedia maklum, pembayaran STR Fasa 3 akan diawalkan kepada bulan JUN iaitu sebelum Hari Raya Haji.

Berikut adalah jadual Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (RASMI)

Minggu 212 – 16 Jun 2023
Minggu 319 – 23 Jun 2023
Minggu 426 – 28 Jun 2023
Jadual Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 Mengikut Hari Bekerja
  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada JUN 2023
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM300
1 – 2 AnakRM400
3 – 4 AnakRM600
> 5 AnakRM800

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM150
3 – 4 AnakRM200
> 5 AnakRM250
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM150
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM150

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kategori Penerima STR Fasa 3

Kategori yang layak untuk STR adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima STR sebelum ini dan telah membuat permohonan, anda akan dapat bayaran pada Fasa 3 nanti.

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 3 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin: atau
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalh 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • had umur adalah 21 -59 tahun; dan
  • pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Siapakah yang layak terima kadar tambahan RM600 STR?

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.

Cara membuat semakan status STR fasa 3?

Semakan Status STR fasa 3 boleh dibuat di laman web STR