Bantuan Khas RM350 Untuk Belia, Pelajar & Mahasiswa

Bantuan Khas RM350 Untuk Belia, Pelajar & Mahasiswa

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. 

Menerusi Belanjawan 2023, terdapat peruntukan sekitar RM750 juta khusus untuk golongan pelajar, belia, bujang dan mahasiswa.

Berita baik ini diumumkan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lepas. Melalui implikasi kewangan berjumlah RM8 bilion untuk bantuan tunai tersebut, sekitar RM750 juta dikhususkan bagi golongan muda dan bujang.

Bantuan Khas RM350 ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang kini menghadapi tantangan kos sara hidup bahkan kos pendidikan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas RM350 ini.

Baca Juga:

Bantuan Khas RM350

Bantuan Khas RM350 ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu bantuan e-Tunai RM200 dan bantuan STR RM150.

Bantuan tunai RM200 ini merupakan sebahagian instrumen yang terkandung dalam Program e-Tunai Belia Rahmah. Ketika menjawab soalan belia pada sebuah program di Langkawi pada Mei, Perdana Menteri mengumumkan bayaran akan dilaksanakan pada Jun 2023.

Untuk makluman anda, bantuan tunai RM200 yang sebelumnya dikhususkan untuk belia 18-20 tahun, kini telah diperluas kepada seluruh pelajar & mahasiswa di Malaysia yang layak.

Bantuan e-Tunai RM200 ini juga bertujuan untuk memupuk keterlibatan golongan remaja dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dalam meluaskan penggunaan aplikasi e-wallet atau e-dompet dan dikenali sebagai Program e-Tunai Belia Rahmah.

Jika sebelum ini, bayaran RM200 hanya untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun, tetapi baru-baru ini diumumkan bayaran adalah menyeluruh kepada belia dan mahasiswa yang berkelayakan.

Bantuan STR RM150 pula merupakan sebahagian daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan dikreditkan pada Julai mengikut kepada kalendar agihan bayaran Kementerian Kewangan. Bantuan ini dikhususkan kepada golongan belia & bujang yang berumur 21-59 tahun.

Penerima STR Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM350

Untuk makluman anda, bantuan khas RM350 ini akan dikreditkan secara berfasa pada tarikh dan kadar yang berasingan iaitu pada bulan Jun dan Julai tahun 2023

  • e-Tunai Belia Rahmah RM200: Jun 2023
  • Bantuan STR RM150: Julai 2023

Berikut adalah jadual & tarikh bayaran e-Tunai Belia Rahmah mengikut hari bekerja dan tidak termasuk hari pelepasan am atau cuti umum bagi bulan Jun 2023

Bantuan Khas RM350 Untuk Belia, Pelajar & Mahasiswa

Berikut adalah jadual & tarikh bayaran bantuan STR RM150 mengikut hari bekerja dan tidak termasuk hari pelepasan am atau cuti umum bagi bulan Julai 2023

Jadual Pembayaran STR

Cara Menuntut Bantuan e-Tunai RM200

Bantuan e-Tunai RM200 boleh ditebus melalui aplikasi seperti:

  • BigPay
  • Shopee
  • Boost
  • TnG eWallet
  • GrabPay

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-dompet dan klik pada “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Klik pada butang tuntutan/claim
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses pengkreditan berjaya

Cara Mohon Bantuan STR RM150

Untuk makluman anda, permohonan baru STR telah ditutup sejak 31 Mac 2023.

Namun begitu, bagi sesiapa yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status di laman web STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  • Log masuk pada MySTR
  • Masukkan nombor MyKad
  • Sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik pada Semakan Permohonan

Sekiranya layak, maklumat terperinci mengenai bayaran akan dipapar seperti

  • Tarikh pengkreditan
  • Pengenalan akaun
  • Jenis fasa
  • Jumlah pengkreditan
  • Status pengkreditan
  • Nama bank
  • Nama dan nombor akaun
  • Kod berjaya / tidak berjaya

Maklumat Lanjut

Sebarang informasi terkini akan dihebahkan melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.