‘Tak boleh lawan Nisa AI’ Penjelasan Maksud Disebalik Trend Viral

Maksud di sebalik ‘Tak boleh lawan Nisa AI’

Bagi pengguna sosial media Tiktok, pasti anda pernah ternampak video dengan caption ‘Tak boleh lawan Nisa AI’. Bukan sahaja satu video, tapi Nisa AI telah menjadi trend di sosial media tersebut.

Seorang pengguna Tiktok telah tampil untuk menjelaskan asal usul trend ‘tak boleh lawan Nisa AI’ dengan mengupload video kenyataan rasmi beliau. Menurut Nisa AI, pada mulanya video itu hanyalah jenaka sesama team jualannya. Akan tetapi lama kelamaan, netizen mula merasa jengkel bila ayat ini disalahgunakan dalam konteks video yang tidak sesuai. Banyak yang ingin tahu apa maksud sebenarnya dari ayat ini sampai viral media sosial.

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

tak boleh lawan nisa ai
Pemula trend ‘tak boleh lawan Nisa’

Siapa Nisa AI?

Nisa yang juga merupakan seorang talent yang bekerja di bawah Youtuber terkenal, Alieff Irfan.

Dia berkata, dia tidak menyangka video yang dibuatnya hanyalah bertujuan untuk seronok sahaja menjadi viral di TikTok.

“Video itu trending kerana saya yang post. Dan saya pun terkejut video itu boleh setrending itu.”

Katanya lagi, komen ‘tak boleh lawan Nisa AI’ bermula apabila ada orang yang cuba ikut trend yang sama untuk tujuan marketing. Daripada situ, ramai netizen mula komen begitu bila ada pengguna media sosial yang lain cuba meniru aksi Nisa itu.

Namun, dia juga mengatakan bahawa trend itu menjadi semakin tidak melampau apabila komen itu dihantar dalam video-video yang sensitif.

“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti video orang meninggal, ceramah ustaz dan video pasal Palestin, korang macam tak ada common sense langsung,”

Beliau marah apabila menegur sesetengah individu yang dilihat tidak sensitif dengan meninggalkan komen di video-video yang tidak berkaitan dan sensitif.

Beliau bersedia untuk menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka. Tetapi, Nisa juga menasihati orang ramai agar tidak menghentikan trend mengambil kesempatan dengan komen ‘tak boleh lawan Nisa AI’ sebagai tujuan bagi menaikkan nama mereka.

Pada akhir video, Nisa meminta netizen supaya menghentikan komen sedemikian kerana dikhuatiri dapat mencemarkan nama dia dan juga team Alieff Irfan.

Tonton video penuh penjelasan Nisa AI di sini.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.