Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan eWallet RM300 – Tahukah anda? Selain eMadani, terdapat satu lagi bantuan eWallet yang diberikan oleh kerajaan.

Tidak seperti eMadani yang memberikan eWallet RM100 secara one-off, eWallet ini akan diberikan sebanyak RM300 setiap bulan melalui Program BINGKAS kepada isi rumah yang layak.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan e-Wallet RM300

Dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Bantuan ini diberikan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Kini Dibuka

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Sebulan Untuk Isi Rumah

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan kepelruan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Sebulan Untuk Isi Rumah

Cara Membuat Permohonan Bantuan e-Wallet RM300

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Maklumat Lanjut e-Wallet RM300

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.