Bantuan Khas Kewangan(BKK) RM2,000 Mula Dikreditkan Bulan Hadapan

Bantuan Khas Kewangan RM2,000 Mula Dikreditkan Bulan Hadapan

Kerajaan Malaysia di Persekutuan dan juga Negeri masing-masing telah bekerjasama untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dari segi kewangan.

Antara bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri adalah Bantuan Khas Kewangan(BKK). Maklumat lanjut mengenai bantuan ini adalah :

Salah satu kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 ini adalah kerajaan Negeri Sabah.

Bantuan Khas Kewangan RM2,000

Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada seluruh penjawat awam negeri Sabah. Ini juga termasuk kakitangan kerajaan negeri yang bertaraf sementera, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Bantuan ini merupakan satu bentuk penghargaan kerajaan Negeri Sabah di atas pengorbanan, komitmen dan usaha kakitangan kerajaan dalam melaksanakan amanah yang ditugaskan kepada mereka.

SEDANG TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Khas Kewangan
Bantuan Khas Kewangan

Tarikh Pengkreditan Bantuan Khas Kewangan(BKK)

Menurut Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun pembayaran BKK akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu :

  • Bayaran pertama RM1,000 : Bulan Januari 2024
  • Bayaran kedua RM1,000 : Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024

Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat

Datuk Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah

Katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Sabah

Bantuan Khas Kewangan

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.