Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 Dan 2

SYARAT & CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 1 & 2

Tahukah anda? Anda boleh membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 1 dan 2 untuk tujuan tertentu. Pengeluaran ini anda boleh lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini.

ANDA MUNGKIN BERMINAT:

e-Pengeluaran KWSP 2023

e-Pengeluaran KWSP 2023 melibatkan pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian.

Untuk pengeluaran penuh, pencarum boleh mengeluarkan wang kwsp jika meninggalkan negara, hilang upaya, berumur 55 tahun, berumur 60 tahun ataupun meninggal dunia.

Untuk pengeluaran sebahagian, pencarum boleh mengeluarkan KWSP jika pemohon berumur 50 tahun, untuk membina rumah, kesihatan, pendidikan, baki pinjaman perumahan, pembelian rumah, simpanan melebihi RM1 juta dan banyak lagi.

Pengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh boleh dilakukan untuk beberapa tujuan, antaranya ialah:

1. Meninggalkan Negara

  • Bagi ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

2. Hilang Upaya

  • Pengeluaran penuh KWSP juga dibenarkan kepada para ahlinya yang kehilangan keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja.
  • Malah, malah pihak KWSP akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

3. Berumur 55 tahun

  • Jika ahli mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.
  • Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

4. Berumur 60 Tahun

  • Untuk makluman, sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Ia bagaimanapun hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.
  • Pada usia itu, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

5. Meninggal Dunia

  • Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Makanya, pihak KWSP sangat menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah dan kesulitan.
e-Pengeluaran KWSP 2023 Dibenarkan Bagi Yang Memerlukan

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Pengeluaran Sebahagian

Pengeluaran Sebahagian boleh dilakukan untuk beberapa tujuan, antaranya ialah:

1. Pemohon Berumur 50 Tahun

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Memiliki simpanan Wang KWSP

2. Tujuan Untuk Membina Rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur bawah 50 tahun.
  • Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
  • Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3. Perumahan Fleksibel

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
  • Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
  • Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4. Kesihatan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
  • Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.

5. Pendidikan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
  • Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
  • Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
  • Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

6. Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Di bawah umur 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
  • Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
  • Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.

7. Perumahan PR1MA

  • Warganegara sahaja.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
  • Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.

8. Simpanan Melebihi RM1 Juta

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.

9. Beli Rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli rumah kediaman.
  • Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.

10. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
  • Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.

11. Haji

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
  • Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
  • Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.

Cara Mohon e-Pengeluaran KWSP 2023 Online

Berikut dikongsikan cara untuk pengeluaran online:

1. Log masuk ke i-akaun KWSP

Pengeluaran Sebahagian KWSP Tahun 2023

2. Klik menu ‘Pengeluaran’

Pengeluaran Sebahagian KWSP Tahun 2023

3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’

4. Kemudian pilih Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (membina / membeli rumah atau sebagainya)

5. Seterusnya Nama Institusi, sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah / yang berkaitan

Pengeluaran Sebahagian KWSP Tahun 2023

6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran

7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari

Pengeluaran Sebahagian KWSP Tahun 2023

8. Keputusan e-Pengeluaran KWSP 2023 anda akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Pengeluaran Sebahagian KWSP Tahun 2023

9. Dan siap!. Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila sudah disahkan, wang e-Pengeluaran KWSP 2023 yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan, sila hubungi:

Masa Operasi: Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang), kecuali pada sabtu, ahad, hari kelepasan Am Persekutuan dan Hari kelepasan Selangor.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.