Bantuan Bina Rumah : Kepada Golongan B40 & M40

Bantuan Bina Rumah : Kepada Golongan B40 & M40

Kerajaan Malaysia Madani dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Bantuan bina rumah ini adalah bantuan Rumah Mesra Rakyat(RMR) yang memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 85,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Bantuan bina rumah yang telah berjaya dilaksanakan
Bantuan bina rumah yang telah berjaya dilaksanakan

ANDA MUNGKIN BERMINAT:

Rumah Mesra Rakyat 2023

Rumah Mesra Rakyat diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan bina rumah ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat 2023

Harga rumah adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina Rumah Mesra Rakyat mengikut negeri:

Keluasan Rumah 750 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300

Keluasan Rumah 750 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350

Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470
Ciri-ciri bantuan bina rumah mesra rakyat

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan bina Rumah Mesra Rakyat :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan Bantuan Bina Rumah RMR

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bantuan bina Rumah Mesra Rakyat :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan bantuan bina Rumah Mesra Rakyat :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa

Semakan Status Kelulusan Bantuan Bina Rumah RMR

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon bantuan Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: [email protected]

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: [email protected]

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: [email protected]

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Rumah Mesra Rakyat diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama SPNB untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Kelayakan RMR?

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya.
6. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR?

Secara Online
1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
2. Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
3. Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
6. Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual
1. Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan RMR?

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
– Salinan kad pengenalan tuan tanah
– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah pemohon
– Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:
– Penyata bank 3 bulan terkini
– Pendaftaran Perniagaan (SSM)
– Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan RMR?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
– Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
– Tapak cadangan tidak sesuai
– Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah RMR diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air /elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina Rumah Mesra Rakyat sahaja.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon Rumah Mesra Rakyat perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika si mati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.