Senarai Carian Web Yang Banyak Dilayari Oleh Rakyat Malaysia Tahun 2023 ~ Yang Pertama tu adalah…

Senarai Carian Web Yang Banyak Dilayari Oleh Rakyat Malaysia Tahun 2023 ~ Yang Pertama tu adalah…

Tahun 2023 sudah hampir melabuhkan tirainya. Di Malaysia, 2023 telah membawa perubahan besar dan permulaan baharu – kerajaan baharu, bakal raja baharu dan fasa pandemik baharu.

Dalam berhadapan dengan perubahan dunia, daripada cuaca kepada peristiwa global, pelbagai jawapan telah dicari untuk memahami semua yang sedang berlaku.

Sumbangan Tunai Rahmah Carian Web Paling Popular Untuk Topik Kewangan

Goole menyatakan, rakyat Malaysia paling berminat dengan topik bantuan kewangan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)’, bantuan tunai kerajaan untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana, menakluki senarai ‘Berita’ sohor kini, manakala ‘eBelia Rahmah’, kredit e-tunai sebanyak RM200 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi tinggi, menduduki tempat keenam.

Senarai Carian Web Yang Banyak Dilayari Oleh Rakyat Malaysia Tahun 2023 ~ Yang Pertama tu dari...

Seterusnya adalah ‘War in Israel and Gaza’ merupakan carian web kedua yang paling sohor kini dalam senarai ini.

Rakyat Malaysia juga turut mengikuti keputusan pilihan raya negeri, dengan ‘Keputusan PRN’ di tempat ketiga.

Berita lain yang menarik perhatian di seluruh negara adalah penutupan syarikat penerbangan kos rendah tempatan ‘MYAirline’ pada awal Oktober, ‘PLKN’ atau Program Latihan Perkhidmatan Negara yang membuat kemunculan semula, kebimbangan ibu bapa mengenai risiko mainan ‘lato-lato’, insiden ‘The 1975’ di sebuah festival muzik di Sepang, dan kemalangan pesawat ‘Elmina’ di Shah Alam.

Selain itu, Google turut mendedahkan carian paling sohor untuk pelbagai kategori termasuklah carian artis, sukan, filem dan siri tv paling sohor kini di Malaysia pada tahun 2023.

Sumber: Siaran media Google

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.