TERKINI: MyKid JPN Dimansuhkan Bermula Tahun 2023

MyKid JPN Telah Dimansuhkan Bermula Tahun 2023

MyKid JPN Dimansuhkan

Info yang diperolehi daripada laman sesawang Facebook, terdapat info yang menyatakan bahawa MyKid tidak lagi dikeluarkan. Daripada tangkap layar itu juga, ada menyatakan semua urusan akan menggunakan surat beranak.

TERKINI: MyKid JPN Dimansuhkan Bermula Tahun 2023

Memetik berita yang dikeluarkan oleh Awani bertarikh 14 Januari 2023 sebelum ini, menyatakan bahawa pengeluarannya ditangguh selama 6 bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik melanda.

Apa Itu MyKid JPN?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri-cirinya juga adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai fambar dan cap jari.

“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Baca Juga:

Kelebihan MyKid JPN

Berikut adalah kelebihannya:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan

Ia boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
    • Salinan IC Bapa
    • Salinan IC Ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Pengeluaran MyKid Ditangguh 6 Bulan

Info daripada Awani bertarikh 14 Januari 2023, pengeluaran Kad Pengenalan Kanak-kanak bagi bayi yang baru lahir akan ditangguhkan selama enam bulan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

TERKINI: MyKid JPN Dimansuhkan Bermula Tahun 2023
SUMBER: ASTRO AWANI

“Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,”

Beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di pautan berikut https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.