MyKid JPN: Semakan & Permohonan Tahun 2023

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak dan belum mendapatkan MyKid, kini permohonan untuk membuat MyKid telah dibuka kepada orang awam.

Permohonan boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Malaysia yang berhampiran.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan dan semakan status.

Baca Juga:

Apa Itu MyKid JPN?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri-cirinya juga adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai fambar dan cap jari.

“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Kelebihan MyKid JPN

Berikut adalah kelebihannya:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan

Ia boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
    • Salinan IC Bapa
    • Salinan IC Ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Semakan Status MyKid Online 2023

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan online:

  • Layari https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  • Masukkan nombor mykid anak dan kod keselamatan yang dipaparkan
  • Klik semak dan status pemberitahuan sama ada telah siap atau belum akan dipaparkan untuk tujuan pengambilan di Pejabat JPN
Semakan Status MyKid Online 2023
SUMBER: Laman Rasmi JPN

160,000 Mykid sedang dicetak, dijangka siap hujung tahun ini

Info daripada Buletin TV3 bertarikh 11 Oktober 2023, 160 Ribu dalam proses pencetakan dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita sudah mula mencetak 160,000 permohonan yang tertangguh sejak tahun 2021. Insya-Allah kita akan mula sampai kepada pemohon yang mana kita dah siap.

“Kita baharu mulakan cetakan pada minggu ini insya-Allah pada bulan November atau Disember itu kita cuba pastikan kita dapat edarkan kepada semua.”

Ketua Pengarah JPN berkata, pencetakan tersebut melibatkan jumlah yang tertangguh sejak tahun 2021 lagi.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah dokumen yang wajib dimiliki, sijil lahir lebih penting dan masih boleh digunakan bagi sebarang urusan rasmi kerajaan kerana maklumat dokumennya yang lebih lengkap.

160,000 Mykid sedang dicetak, dijangka siap hujung tahun ini
Sumber Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di pautan berikut https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.