Panduan lengkap Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

 


Buat mereka yang gagal dalam permohonan ataupun pengkreditan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR), anda boleh mengemukakan rayuan di portal yang disediakan bermula 15 Jun 2021 sehinggalah 30 Jun 2021. Rayuan ini juga boleh dikemukakan sekiranya adanya perubahan status perkahwinan, pertambahan anak ataupun adanya perubahan kepada pendapatan bulanan. 

ARTIKEL INI ADALAH RINGKASAN ARTIKEL KAMI SEMALAM.

Oleh itu, jangan tunggu lama lagi, mari lihat maklumat dan cara membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021:- 

MAKLUMAT

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 

TARIKH RAYUAN 

15 JUN 2021 (SELASA) – 30 JUN 2021 (RABU) 

SYARAT LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN BPR

  • Mereka yang tidak lulus permohonan BPR sebelum ini 
  • Mereka yang bertukar status perkahwinan 
  • Mereka yang mempunyai pertambahan anak 
  • Mereka yang mempunyai perubahan dalam pendapatan bulanan

CARA PERMOHONAN RAYUAN BPR

Bagi mereka yang berhajat untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat, anda perlulah;- 

MELALUI TALIAN

  • Klik ‘Log Masuk’ 
  • Masukkan No Mykad/ID Pengguna anda 
  • Kemudian, paparan kod keselamatan anda akan muncul. Pastikan kod keselamatan anda betul. 
  • Selepas itu, masukkan pula kata laluan anda dan tekan log masuk.
  • Portal akan membawa anda ke laman utama. 
  • Klik ‘Permohonan Rayuan’ 

  • Kemaskini maklumat terkini anda, beserta dokumen sokongan dan hantar permohonan anda. 

MELALUI BORANG

  • Permohonan rayuan BPR juga boleh dilakukan dengan mengisi borang rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 
  • Berikut merupakan jadual kaunter rayuan BPR di Kaunter LHDN bermula 15 Jun sehingga 30 Jun 2021;- 

  • Semoga berjaya!

MAKLUMAT LANJUT

  • Untuk sebarang maklumat, anda bolehlah hubungi talian hotline LHDN BPR di talian; 1800-88-2747, atau;
  • Untuk sebarang maklumat, anda bolehlah hubungi talian hotline Kementerian Kewangan (BPR) di talian; 03-8882-4565

INFO

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan info ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak