Rayuan BPR Fasa 2 Kini Di Buka - Cara Memohon dan Membuat Semakan




Bayaran Fasa 3 untuk Bantuan Prihatin Rakyat akan dibuat pada Bulan September 2021. Bermula 15 sehingga 30 Jun 2021, permohonan untuk rayuan BPR akan dibuka. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.4 Bilion untuk pembayaran Fasa 3 September nanti. Untuk permohonan yang tidak diluluskan pada permohonan sebelum ini, anda boleh mengemukakan rayuan.

Kaedah Memohon Rayuan



Permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua cara :

1. Secara dalam talian 

Pemohon perlu menghantar rayuan melalui Portal Rasmi BPR LHDNM.

2. Secara manual

Pemohon perlu menghantar Borang Rayuan BPR 2021 secara manual ke cawangan / pusat hasil LHDNM yang berhampiran. 

Nota : 
Pemohon perlu membuat temu janji melalui e-temujanji sebelum mengunjungi cawangan LHDNM - Baca Disini Panduan E-Janji Temu LHDN


Rayuan Melalui Dalam Talian


Untuk membuat permohonan melalui dalam talian, berikut merupakan cara-cara permohonan : 

1. Layari laman web BPR - BPR LHDNM 


2. Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan 


3. Klik pada butang "Permohonan Rayuan"

4. Kemaskini dan lengkapkan maklumat yang diperlukan serta mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti. 



Rayuan Cara Manual - Mengunjungi Cawangan LHDNM yang berhampiran



Untuk permohonan rayuan secara manual, dokumen sokongan perlu disertakan berdasarkan kepada Kod Alasan (Kod 1 - 39)

Antara Contoh Kod Alasan dan Dokumen Sokongan adalah seperti berikut : 

Kod Alasan : Kod 05 (Maklumat Pengesahan Pasangan)
Dokumen Sokongan : Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah Dokumen Pengenalan Pasangan


Kod Alasan : Kod 06 (Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang)
Dokumen Sokongan : Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 Tahun dan keatas. 


Senarai penuh kod alasan dan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan boleh didapati pada pautan berikut - Senarai Kod Alasan dan Dokumen Sokongan





Tiada ulasan