Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Kelas Pertama) ~ ini Cara Permohonan

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK KELAS PERTAMA

Tahukah anda? Sekiranya anda peminjan PTPTN dan merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, anda layak untuk memohon pengecualian bayaran balik PTPTN. Ini adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk berlajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.

Insentif ini pada awalnya hanya dihadkan kepada peminjam daripada golongan B40 dan M40 sahaja. Kini, insentif ini diperluaskan kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Kelas Pertama) ~ ini Cara Permohonan

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Pengecualian bayaran balik PTPTN diberikan kepada peminjam PTPTN yang menerima Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dengan Kepujian Kelas Pertama secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Anda Mungkin Berminat:

Syarat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Berikut adalah syarat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN :

  • Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  • Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  • Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  • Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan pengecualain bayaran balik PTPTN :

  • Semua peminjam PTPTN yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019 yang sebelum ini tidak layak memohon pengecualian bayaran balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat permohonan secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN.
  • Tempoh permohonan dibuka mulai 15 September 2022 hingga 31 Disember 2022. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan diterima kecuali yang dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Mohon Sekaranghttps://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Dokumen Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

*Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Apakah syarat-syarat pengecualian bayaran balik PTPTN yang ditetapkan?

    Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

    – Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
    – Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
    – Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
    – Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
    – Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
    – Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

  2. Siapakah yang menentukan pemberian Kepujian Kelas Pertama?

    Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

  3. Bagaimanakah kaedah permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN?

    Kaedah permohonan adalah secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

  4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pengecualian bayaran balik pinjaman?

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    – Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
    – Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
    – Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
    – Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
    – Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

    Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

  5. Saya telah menamatkan pengajian pada tahun 2019 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Walau bagaimana pun permohonan pengecualian bayaran balik saya telah ditolak sebelum ini kerana status ekonomi saya bukan B40/M40. Adakah saya boleh mengemukakan semula permohonan pengecualian bayaran balik ?

    Boleh. Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama. Ia adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka. Sehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.

  6. Bagaimanakah sekiranya peminjam telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN? Adakah pemulangan semula (refund) akan dibuat?

    Bagi peminjam yang telah membuat bayaran balik, pemulangan semula (refund) akan dibuat sekiranya permohonan pengecualian bayaran balik dipertimbangkan. Peminjam boleh memohon di Portal Rasmi PTPTN di capaian https://www.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/Utama.

  7. Pinjaman saya telah digabungkan bagi peringkat Diploma dan Ijazah. Adakah saya layak memohon pengecualian bayaran balik bagi keseluruhan pinjaman tersebut sekiranya mendapat Kepujian Kelas Pertama?

    Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma.

  8. Siapakah yang boleh mengesahkan salinan transkrip dan Ijazah?

    Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT). Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

  9. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semasa belajar di UPM dan kini sedang menyambung pengajian dalam program Sarjana di UM. Bolehkah saya mendapat pengesahan untuk dokumen Ijazah dan transkrip saya daripada Bahagian Akademik UM?

    Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.

  10. Saya telah membatalkan pinjaman pendidikan PTPTN kerana menerima penaja lain dan telah lulus pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Bolehkah saya memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima sebelum pinjaman tersebut dibatalkan?

    Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Penjadualan semula akan dilakukan dan peminjam boleh membuat bayaran ansuran mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).

  11. Saya telah menamatkan pengajian lebih awal daripada tempoh lazim yang ditetapkan IPT. Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?

    Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.

  12. Apakah sebab-sebab peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang telah diterima?

    Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:

    – Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
    – Bertindih tajaan; dan
    – Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang masih belum diselesaikan.

  13. Bagaimanakah kaedah bayaran balik bagi baki jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan di atas sebab-sebab yang dimaklumkan pada soalan 12?

    2 kaedah bayaran balik disediakan, iaitu:-

    – Penjadualan semula pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu. Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan diberikan; atau
    – Penyelesaian penuh pinjaman sekiranya peminjam tidak mahu membuat penjadualan semula pinjaman.

  14. Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman?

    Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:

    – Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
    – Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
    – Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.