Pengeluaran KWSP Bermula April 2024

Pengeluaran KWSP Bermula April 2024 melalui Akaun Fleksibel

KUALA LUMPUR: Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Akaun 3 yang bakal berfungsi sebagai akaun simpanan untuk saat kecemasan dijangka akan dilaksanakan bermula April 2024.

Akaun Fleksibel KWSP Tahun 2024

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perincian mengenai akaun fleksibel KWSP ini akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP pada Februari depan.

Justeru, beliau mengalu-alukan organisasi berkaitan untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh disampaikan terus sama ada kepada Kementerian Kewangan atau KWSP sendiri.

Anda Mungkin Berminat:

“Sebanyak RM145 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran semasa Covid-19. Selepas itu, rakyat terus menyatakan mereka perlu mengeluarkan lagi tetapi kerajaan buat keputusan untuk tidak membenarkan walaupun ada pun desakan daripada pelbagai pihak.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

“Sebab itu kita buat formula baharu iaitu Akaun Fleksibel KWSP (akaun ketiga). Kita akan melaksanakan tetapi ada kaedah tertentu yang tidak akan menjejaskan pendapatan.

Apa maksud kecemasan itu akan diperincikan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Mesyuarat Lembaga Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, di sini semalam.

Pengeluaran KWSP Bermula April 2024
Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen – Gambar : Bernama

Pada ucapan perasmiannya, Ahmad Maslan berkata, salah satu pengajaran utama daripada pandemik ialah kerajaan perlu membina sistem perlindungan sosial yang mantap untuk masyarakat yang lebih berdaya tahan.

Jelasnya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan negara-negara ASEAN dalam menyediakan perlindungan sosial berkesan untuk rakyatnya.

“Di bawah Laporan Perlindungan Sosial Dunia ILO (Pertubuhan Buruh Sedunia) 2020-2022, liputan berkesan populasi oleh manfaat perlindungan sosial di rantau Asia Tenggara berada pada paras 33 peratus, di bawah purata dunia pada 47 peratus.

“Sementara perbelanjaan perlindungan sosial, tidak termasuk penjagaan kesihatan berada pada 2.3 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), di bawah purata Asia Pasifik sebanyak 7.5 peratus daripada KDNK,” katanya.

SUMBER: KOSMO

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.