Permohonan Bantuan Khas OKU RM500 Selama 3 Bulan

Bantuan Khas OKU merupakan bantuan kewangan yang disediakan dibawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu individu OKU (bukan penerima bantuan bulanan JKM) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Objektif bantuan ini adalah untuk membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan seperti kehilangan pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, untuk mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan serta sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir setahun lebih.

Kadar Bantuan

Pemohon yang layak akan diberikan RM500 sebulan selama 3 bulan.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 19 Julai sehingga 6 Ogos 2021.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan, pemohon mestilah:

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji / pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui beberapa cara, iaitu:

  1. Mengisi borang permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulih) melalui google form yang terdapat di laman web JKM di www.jkm.gov.my
  2. Mengisi borang permohonan yang dimuat turun daripada laman web JKM di www.jkm.gov.my dan dihantar ke PKMD / dimasukkan ke dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]
  3. Permohonan secara isi borang dan dihantar ke pihak NGO untuk diserahkan kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]

Setiap pemohon perlu menyertakan dokumen atau memuat naik dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU
  2. Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan nombor akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM d talian 03-8323 1656. Anda juga boleh rujuk FAQ Bantuan Kewangan Khas OKU atau melayari facebook rasmi JKM di https://www.facebook.com/myJKMHQ