RASMI: PM bakal umum perkara penting petang ini, 16 Mac 2022

TERKINI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dikhabarkan bakal mengumumkan perkara penting petang ini, 16 Mac 2022. Khabar bertiup kencang bahawa sidang media ini adalah berkenaan dengan pembayaran KWSP RM10,000 One-Off dan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 yang dijadualkan dibayar pada pertengahan Mac 2022.   Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.  Pembayaran BKM kali terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Berikut dikongsikan info mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM.


TERKINI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dikhabarkan bakal mengumumkan perkara penting petang ini, 16 Mac 2022. Khabar bertiup kencang bahawa sidang media ini adalah berkenaan dengan pembayaran KWSP RM10,000 One-Off dan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 yang dijadualkan dibayar pada pertengahan Mac 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM kali terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Berikut dikongsikan info mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran BKM.
KEMASKINI: Sumber dalaman nyatakan pengumuman itu berkenaan pengeluaran RM10,000 KWSP

Jadual Pembayaran BKM 2022

Pembayaran BKM akan terbahagi kepada 4 fasa dan berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran tersebut:
Fasa 1
  • Dijangkakan 15 Mac 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2
  • Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3
  • September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang
Fasa 4
  • Disember 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan


Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran BKM dijangkakan akan bermula pada 15 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)


Cara Membuat Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

1 thought on “RASMI: PM bakal umum perkara penting petang ini, 16 Mac 2022”

  1. Kali terakhir dpat bntuan,tahun 2013 brim…tahun berikutnya jodoh x panjang,mohon sebagai bapa tunggal,tdak layak,mohon lgi kategori bujang,kna wajib dpatkan bukti2 penceraian,bukti psangan…bila cuba mohon segala bagai surat yg diperlukan trutama sijil cerai,dari brim pindah ke bsh,ke bpr ke bsh..xde ape surat mnyurat smpai dri jbatan trsebut…itu la yg rmai malas nk mohon berkali2..ape2 pun hrap smua org byak2 brsyukur…n brpegang pada tali allah,moga smuanya mndpt rhmat..amin

Comments are closed.