SPM 2023 : Tarikh & Jadual Peperiksaan

INFO KPM: Jadual / Tarikh Peperiksaan SPM 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jadual peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dibuat dengan mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media rasmi bahawa SPM 2023 akan dijadualkan lebih awal iaitu pada 5 Disember, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM adalah langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sedia kala.

Anda Mungkin Berminat:

Tarikh- Tarikh Penting Sijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2023 – KPM

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023:

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting SPM 2023

Jadual SPM 2023

Berikut dikongsikan Jadual Terkini Sijil Pelajaran Malaysia 2023:

Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023

Sumber: Jadual SPM 2023

ARAHAN AM

  • Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  • Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  • Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.