Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023

HKHM 2023 : Tema Dan Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) menjadi satu simbol serta elemen penting salam sambutan HKHM setiap tahun.

Sebagai sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian latar belakang rakyat, pemilihan tema dan logo HKHM 2023 jelas mencerminkan prinsip dan nilai kesatuan rakyat Malaysia yang menghargai detik keamanan yang dikecapi ketika ini.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tema HKHM tahun 2023 ialah “Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” Manakala logo Malaysia MADANI dijadikan logo rasmi sambutan HKHM tahun ini.

Rasional Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023

“Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Anda Mungkin Berminat:

Rasional Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan mengahasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023
Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Jalur:

Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasar ideologi Malaysia.

Bulan Sabit:

Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Bintang:

Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan).

Bulatan:

Dalam lingkungan warna biru melambangakan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Warna Kuning:

Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negari ini dinaungi oleh Raja Berpelembagaan.

Warna Merah:

Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.

Warna Biru:

Mendasar apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Warna Putih:

Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka

Warna Hitam:

Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik.

Versi Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Dalam beberapa keadaan atau sebab yang praktikal, versi lain bagi logo HKHM 2023 boleh digunakan seperti di bawah:

Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023
Versi Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Latar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Penggunaan latar bewarna putih paling sesuai bagi menyerlahkan logo HKHM 2023 agar lebih jelas dan mudah dikenali. Penggunaan latar belakang bewarna dan bergambar boleh diterima jika logo HKHM 2023 boleh dibezakan dengan jelas.

Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023
Latar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Walau bagaimanapun, pemilihan latar perlu praktikal. Elakkan penggunaan warna atau gambar yang sama dengan logo Malaysia MADANI.

Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2023

Tajuk Lagu: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Penyanyi: Khai Bahar & Aina Abdul
Lagu & Lirik: Affan Mazlan
Orchestration: Datuk Mokhzani Ismail
Suara Latar: Gemersik Korus
Penerbitan Bahagian Muzik RTM

Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Takkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
(Ulang 2x)

Cintai Malaysia…Selamanya

SUMBER: Jabatan Penerangan Malaysia

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.