TERKINI: Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran

PENGELUARAN KWSP BERSASAR TANPA CAGARAN

Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran

Kuala Lumpur: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melihat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar tanpa cagaran adalah penyelesaian jangka panjang bagi membantu rakyat yang masih bergelut untuk kelangsungan hidup.

Timbalan PGIRM Mohamad Fazil Ibrahim berkata, ia kerana PGIRM banyak menerima aduan serta tinjauan malah luahan pencarum di pelbagai platform laman sosial yang mendapati mereka memerlukan pengeluaran KWSP untuk membaiki kedudukan kewangan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohamad Fazil, sebahagian besarnya mahu menyelesaikan tunggakan bank, hutang lain dan menggunakan wang itu sebagai modal memulakan perniagaan kecil-kecilan.

TERKINI: Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran
SUMBER: Google

“Sekiranya sebahagian daripada perkara itu dapat diselesaikan, maka ia sedikit sebanyak membaiki keadaan kewangan menjadi lebih baik kerana ada lebihan selepas menyelesaikan hutang-hutang tertunggak berkenaan.

“Secara dasarnya pihak PGIRM amat berharap pemberian bantuan kepada rakyat seharusnya selaras tanpa mengira penjawat awam mahupun swasta.

“Dalam masa sama, pengeluaran KWSP secara bersasar kepada 99,335 pencarum yang amat memerlukan dilaksanakan dengan segera untuk kesinambungan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

TERKINI: Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran

Menurut Mohamad Fazil, rakyat menghargai inisiatif kerajaan kerana memberi bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang diberikan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM200.

Bagaimanapun, Mohamad Fazil berkata, sesetengah pihak cenderung menganggap bantuan itu diberi bagi meraih sokongan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bukannya penyelesaian jangka panjang bagi rakyat terkesan.

“Hakikatnya tiada harga barang yang turun malah banyak yang makin naik. Rakyat juga terus dihimpit dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya.

SUMBER: Berita Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.