TERKINI: Permohonan Bantuan Awal Ramadan RM500 Secara One-Off

TERKINI: Permohonan Bantuan Awal Ramadan RM500 Secara One-Off

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Awal Ramadan RM500 Secara One-Off. 


Bantuan Awal Ramadan RM500 One-Off

Bantuan ini diberikan kepada peneriam yang layak bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf bagi menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini.


Jumlah Bantuan Awal Ramadan

Untuk makluman semua, jumlah Bantuan Awal Ramadan yang akan diterima adalah sebanyak:

  1. RM500 sahaja secara one-off


Syarat Kelayakan Bantuan Awal Ramadan

Syarat dan kriteria permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah


Cara Membuat Permohonan

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda atau boleh terus melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan muat turun permohonan borang yang disediakan.


Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan sebarang pertanyaaan tentang bantuan ini, anda boleh terus merujuk https://www.maiwp.gov.my/

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.