TERKINI: Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tahun 2023

 TERKINI: Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tahun 2023

Bagi anda yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan Untuk golongan yang berpendapatan rendah yang bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka.


SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 hingga 71 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
  5. Belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 ke RM3,000 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga


__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

__________________________________________________________________________

SYARAT PINJAMAN

Berikut dinyatakan syarat untuk membuat pinjaman:
  1. Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 dan tidak termasuk perlindungan insurans
  2. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun
  3. Caj perkhidmatan 2% akan dikenakan ke atas peminjam
  4. Perlu mengambil insuran yang disediakan oleh panel insuran


SYARAT PINJAMAN DUA GENERASI

Untuk pinjaman dua generasi, berikut adalah syaratnya:
  1. Plihan pinjaman untuk dua generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun
  2. Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan
  3. Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  4. Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon


SYARAT CAGARAN TANAH

Untuk membuat cagaran tanah, syarat berikut hendaklah dipenuhi:
  1. Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
  2. Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
  3. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Antara syarat untuk pembinaan rumah adalah seperti berikut:
  1. Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  2. Menggunakan pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri
  3. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  4. Menggunakan kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  5. Mempunyai pendaftaran Syarikat atau Perakuan CIDB yang masih sah
  6. Memilki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  7. Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan dengan menghantar borang permohonan ke alamat yang tertera di muka depan borang.
Borang Permohonan – KLIK SINI


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh menghubungi:
Bahagian Pengurusan Perumahan 
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.