Bantuan E-Wallet dinaikkan dari RM100 ke RM150. Lihat cara permohanan disini



Berita baik untuk semua golongan anak muda yang berumur 18 hingga 20 tahun, baru-baru ini Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa terdapat pakej bantuan untuk golongan belia kita. Pakej bantuan ini merupakan bantuan kewangan dari segi E-Wallet. 


Sebelum ini, bantuan E-Wallet hanya diberikan sebanyak RM100 sahaja, tetapi pada pengumuman PERKASA pada minggu lalu, Perdana Menteri telah menaikkan bantuan sebanyak RM150. 


Jadi, tunggu apa lagi. Mari teliti syarat-syarat dan cara permohonan untuk menuntut bantuan wang E-Wallet anda ini mengikut deskripsi di bawah:- 


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Permohonan E-Wallet ini hanya tertakluk kepada anak muda : 

  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

CARA-CARA PERMOHONAN

  1. Muat turun aplikasi TouchNGo/Boost/Grab E-Wallet.
  2. Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  3. Selepas itu, anda perlu membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang akan diberikan. 
  4. Tunggu pengkreditan wang bantuan E-Wallet anda. Pengkreditan ini tertakluk kepada terma dan syarat-syarat bagi mereka yang layak sahaja. 

TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET

Pengkreditan E-Wallet akan dilakukan seawal bulan JUN 2021 


NOTA TAMBAHAN

  • Perkongsian ini hanyalah info dan panduan sahaja, jika terdapat sebarang perubahan dari segi syarat dan cara permohonon, kami akan segera kemaskini dan beritahu anda. 
  • Kami doakan anda semoga terus sukses dan berjaya. Sila sebarkan berita gembira ini kepada sanak-saudara dan rakan tauladan. 

 Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak




Tiada ulasan