Tak faham maksud permohonan iSINAR tanpa syarat? Ini maksudnya

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan permohonan tanpa syarat i-Sinar. Yalah, pengumuman ni dah diketahui ramai sejak bulan lepas, tapi masih ramai lagi yang tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Pertama, mari kita lihat apa yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada awal bulan lepas; 

Secara ringkasnya, kita boleh katakan;

  • Ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun ke bawah dibolehkan untuk mengeluarkan dari simpanan Akaun 1 bergantung kepada baki sedia ada.
  • Bagi yang telah memohon, permohonan anda akan diluluskan serta merta.

Jumlah Pengeluaran & Jadual i-Sinar

KWSP juga telah memaklumkan, jumlah pengeluaran Akaun 1 & jadual pembayaran 6 bulan akan kekal iaitu:

  • Ahli yang ada simpanan RM100,000 ke bawah dibolehkan buat pengeluaran sehingga RM10,000.
  • Ahli yang ada simpanan lebih dari RM100,000 boleh buat pengeluaran sehingga 10% daripada akaun mereka.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat selama 6 bulan.

KENYATAAN RASMI MENTERI KEWANGAN:

Semoga dengan informasi ini anda sedikit sebanyak mengetahui apa status anda ketika memohon i-Sinar. Untuk jadual pembayaran, boleh baca artikel ini.