Tebus Data Bulanan & Pakej Peranti untuk SEMUA TELCO sebanyak RM300 - RM180! Lihat cara permohonan di sini





Berita gembira untuk rakyat Malaysia! Terkini Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan mengadakan satu program khas bantuan Jaringan Prihatin bagi membantu rakyat Malaysia mengisi kelompangan jurang teknologi dan ekonomi. Jaringan ini akan memanfaatkan ekonomi rakyat secara atas talian dalam usaha membendung virus Covid-19. 

Sukacitanya, berikut merupakan pakej bantuan yang telah disertakan dalam Jaringan Prihatin ini, mari teliti sebelum memohon:- 

PAKEJ BANTUAN JARINGAN PRIHATIN 2021

Pakej ini hanya TERBUKA untuk mereka yang berada dalam kategori B40, penerima akan layak memilih satu dari dua manfaat , iaitu pakej peranti ataupun pelan data bulanan. Berikut merupakan pakej-pakej tersebut :- 


  • MEMPUNYAI ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN 

BANTUAN UNTUK PAKEJ PERANTI : RM300 
BANTUAN UNTUK PELAN DATA BULANAN UNTUK 12 BULAN : RM180

  • TIADA ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN 


BANTUAN UNTUK PAKEJ PERANTI : RM180
BANTUAN UNTUK PELAN DATA BULANAN UNTUK 12 BULAN : RM180

SENARAI TELCO YANG MENYEDIAKAN PAKEJ JARINGAN PRIHATIN 2021

Bagi mereka yang layak dan ingin menebus pakej peranti ini, anda bolehlah tekan link di bawah untuk mendaftar permohonan anda:- 

CARA MEMOHON

  • Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian dalam Jaringan Prihatin 2021.
  • Pilih pakej yang telah disediakan, iaitu :-
           -  Pembelian peranti baharu, ataupun;
           -  Pembelian pelan data internet bulanan
  • Selesai dan nikmati pelan percuma anda! 

TARIKH PENDAFTARAN JARINGAN PRIHATIN 2021

 5 Mei – 31 Julai 2021

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan kepada anda dalam mengurangkan beban dalam membiaya komitmen TELCO.  

Terus berusaha dan maju jaya. 

Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak




Tiada ulasan