Lesen memandu mati ketika PKP? Ini cara guna MySIKAP (JPJ) untuk renew online

 


Ketika PKP 3.0 diadakan, mesti ramai di antara kita yang mengalami tarikh luput pada lesen memandu kan? Nak pergi renew pun, kiosk tidak beroperasi. Pening kepala dibuatnya, yelah takut ada roadblock, habis kena saman pulak. Haa, usah risau dan pening kepala lagi. Kini dengan hasil usaha Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk renew lesen. 

Nak tahu macamana caranya? Jom teliti maklumat di bawah; 

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU SECARA ONLINE

Untuk perbaharui lesen memandu anda, ikuti langkah-langkah yang berikut ;- 

  • Selepas itu, skroll ke bahagian bawah portal dan tumpukan perhatian pada bahagian MySikap pada bahagian kiri portal. 
  • Klik “Register” pada bahagian papan kenyataan bertulis “Public”


  • Seterusnya, anda akan di bawah ke bahagian portal MySIKAP seperti dibawah. Anda dikehendaki untuk melakukan pendaftaran kali pertama. Pada pendaftarkan kali pertama, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log in ke portal MySIKAP ke email anda. 

  • Selepas log masuk, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat dan menukar kata laluan tetap bagi menggantikan kata laluan sementara tadi.  
  • Setelah selesai, log masuk semula dengan kata laluan tetap, dan anda akan di bawah ke laman utam MySikap seperti dibawah, klik bahagian lesen memandu.
  • Kemudian, klik pada “Pembaharuan Lesen Memandu”


  • Pilih lesen anda yang ingin diperbaharui, dan tempoh jangka hayat lesen anda. 

  • Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian maklumat diri anda. Sila teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. 
  • Apabila selesai, buat pembayaran dengan cara klik ”bayar”. 



  • Selesai, dan cetak bukti pembayaran anda untuk rujukan pihak JPJ jika nak ambil lesen nanti. 
  • Semoga berjaya!

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran secara atas talian ini, anda bolehlah menghubungi +603-8000 8000 


ATAU 


layari portal MySikap (https://public.jpj.gov.my/Online/public/bantuan_atas_talian.html)


INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan anda untuk memperbaharui lesen memandu sepanjang PKP 3.0. Usah risau lagi kerana semuanya sudah dihujung jari.

Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak