Permohonan Bantuan Bakul Makanan Untuk B40


Bakul Prihatin Negara merupakan merupakan bantuan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit. 

Bagi anda yang ingin memohon Bakul Prihatin Negara, berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan.


Senarai Barangan Asas

Berikut adalah senarai barangan asas yang akan diberikan melalui Bakul Prihatin Negara:

  1. Beras (5 KG)
  2. Gula (1 KG)
  3. Tepung (2 KG)
  4. Bihun (400 GM)
  5. Kicap (650 ML)
  6. Sardin (230 GM)
  7. Biskut
  8. Kopi

Syarat Kelayakan

Rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 adalah layak untuk memohon bakul prihatin negara.


Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh menghubungi Talian Kasih di 15999 atau melalui Whatsapp ke 019 – 261 5999

Pemohon juga boleh menghubungi bilik gerakan JKM mengikut negeri:

1. Perlis


2. Kedah


3. Pulau Pinang


4. Perak


5. Selangor


6. Wilayah Persekutuan


7. Negeri Sembilan


8. Melaka


9. Johor


10. Pahang


11. Terengganu


12. Kelantan


13. Sabah


14. Sarawak


Kaedah Penyaluran

Setiap permohonan yang dihantar akan disemak oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah /Bahagian / Jajahan dan akan diagihkan dalam tempoh 24 jam selepas membuat permohonan. 

Namun tempoh penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak, dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon.

Maklumat Lanjut 

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my