Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 Untuk Rider, Ibu Tunggal, Pencari Kerja & Individu Terjejas




Untuk makluman, Program KerjayaGig adalah merupakan kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.




SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat untuk menerima Insentif Pengambilan Program KerjayaGig:
  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO tetapi diberikan notis cuti tanpa gaji
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
  • Pencari kerja dari golongan rentan seperti golokan OKU, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.

KADAR BANTUAN & INSENTIF

Insentif RM600 bagi setiap individu selagi mana mereka terleibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan

Insentif RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO

CARA MEMOHON

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan KerjayaGig:

Penyedia Perkhidmatan GIG (Operator)
  • Mendaftar dan mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  • Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  • Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
  • Majikan terima pembayaran dalam tempoh 30 hari

Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operatot diluluskan
  • OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu melengkapkan Log Aktiviti Gig menerusi PenjanaKerjaya (bermula bulan kedua)
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my




DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan KerjayaGig:
  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan dan nama bank)
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan telah mula dibuka sejak 15 Julai 2021 secara dalam talian.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai Program KerjayaGig, anda boleh rujuk FAQ berkaitan Program KerjayaGig di https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi PERKESO melalui

Emel: penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Telefon: 1-300-22-8000 / 03-8091 5300
Facebook Rasmi PERKESO: https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Laman web PERKESO: https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html

Sumber: Niagakini

Tiada ulasan