Bantuan Khas untuk Kanak-Kanak dari JKM. Maksimum RM1000 sebulan

Tahukah anda? Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ada membuka bantuan khas untuk kanak-kanak bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Bantuan ini merupakan bantuan yang bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Selain itu, bantuan ini juga  memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuklah pencukupan dalam pemberian kasih sayang dan perhatian.


Oleh itu, kepada ibubapa ataupun keluarga yang memerlukan bantuan ini, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:- 

MAKLUMAT BANTUAN

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 

KADAR BANTUAN

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MEMOHON

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SECARA MANUAL
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 
BORANG YANG BERKAITAN :-


JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

SECARA TALIAN

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :- 

  • Klik Daftar Permohonan atas Talian 
  • Masukkan no kad pengenalan 
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan. 
  • Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;- 
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta. 
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 
Alamat: 
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.


No. Tel: 03 – 8000 8000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak