[TERKINI]: Semakan Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Bermula 26 Ogos 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa para pencarum yang telah melakukan permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 08 Mac 2021. 

Pihak KWSP juga turut memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut. Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar kategori 2 ini dibuat selepas pengunguman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat. 

Hal ini bermaksud, syarat kelayakan yang dikenakan bagi kemudahan i-Sinar kategori 2 telah dimansuhkan dan hal ini bermaksud para pencarum yang melakukan permohonan akan diberikan kelulusan secara automatik. 

TARIKH BAYARAN i-SINAR

Untuk makluman, pembayaran i-Sinar bagi bulan September telah diawalkan dan akan mula dibayar bermula pada tanggal 26 Ogos 2021.

JUMLAH PENGELUARAN

Berikut adalah jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

  • Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah di dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan tempoh bayaran selama 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
  • Manakala pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% dalam akaun mereka dengan maksimum pengeluaran sebanyak RM60,000 dan bayaran pertama yang boleh dimohon adalah RM10,000.

PEMANSUHAN BAYARAN INTERIM

KWSP juga telah memaklumkan bahawa pembayaran interim yang sebelum ini dilakukan akan dimansuhkan berikutan pelaksanaan pengeluaran tanpa syarat dan kriteria i-Sinar untuk kategori 2.

Ini bermaksud, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mengikut jumlah yang telah dimohon.

CARA MEMBUAT SEMAKAN i-SINAR

Semakan i-Sinar boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Sinar atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:

  • Buka laman web i-Citra KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Klik Semak Status Permohonan
  • Isi maklumat yang diperlukam
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Sinar
  • Tarikh bayaran dan status permohonan akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan i-Sinar kini anda boleh menghubungi pihak KSWP di talian 03-8922 6000 atau layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/