Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan 2021. Gaji RM2,078.00 – RM9,544.00

 



Anda graduan Ijazah Sarjana Muda ? Masih rungsing mengenai pekerjaan dan kerjaya yang bersesuaian dengan anda? Berita terkini, Kementerian Belia dan Sukan ada telah membuka lebih 20 kekosongan jawatan bagi Pegawai Belia & Sukan Gred S41.

Oleh itu kepada graduan Ijazah atau sesiapa yang berkelayakan serta  berwarganergara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Belia & Sukan Gred S41

GAJI 

RM2,078.00 – RM9,544.00

Kenaikan tahunan: RM225.00 

DESKRIPSI TUGASAN

  • Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.
  • Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN) 11.59 MALAM 

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak