Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19. Gaji RM1377.00 – RM4052.00 + Elaun

Anda lepasan Kolej Vokasional Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Universiti Malaya ada membuka kekosongan jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 dengan tiga bidang diperlukan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan Awam.

Oleh itu adik-adik lepasan Sijil Vokasional Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Kompetensi yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pembantu Kemahiran Gred H19

GAJI 

 RM1377.00 – RM4052.00

Kenaikan tahunan: RM100.00

Elaun : 

  • Imbuhan tetap khidmat awam (RM115.00) 
  •  Imbuhan Tetap Perumahan (RM300.00) 
  • Bantuan Sara Hidup (RM350.00) 

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:- 

  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  • Teknologi Kejuruteraan Awam

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas 
  • Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia/SPM dan Sijil Kompetensi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia 
  • Kemas 
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan 

DESKRIPSI TUGASAN

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang,
membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan
mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa
dalam keadaan baik dan selamat. 

CARA MEMOHON

  • Jika anda tidak mempunyai akaun  anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut. 
  • Setelah mendaftar, sila LOG IN menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON. 
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih. 
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Selamat maju jaya!

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi  dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak