Tarikh Semakan Status & Pembayaran Rayuan BPR 2021

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan rayuan dan tarikh pembayaran bpr akan dibuat. Hal ini kerana permohonan rayuan yang telah dibuat pada Jun lalu sehingga kini masih tiada jawapan sama ada lulus ataupun tidak.
Ramai yang lulus BPR fasa 1 namun gagal pada pembayaran fasa 2 atas sebab-sebab tertentu.
Kami kongsikan kepada anda tarikh semakan status keputusan rayuan BPR.

Tarikh Semakan Status Keputusan Rayuan BPR

Bernama TV pada laporan mereka 6 September lepas menyatakan bahawa tarikh keputusan rayuan BPR adalah pada penghujung September ini.
Namun begitu, tarikh sebenar yang tepat tidak disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar.
Beliau juga memaklumkan, “mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.

Maklumbalas yang diterima oleh pemohon yang telah membuat rayuan pada Jun lalu.

Tarikh Pembayaran BPR

Pembayaran BPR bagi yang membuat rayuan akan dibuat sejurus lepas tarikh semakan rayuan diumumkan.
Berikut adalah jumlah bayaran yang anda akan dapat jika lulus rayuan BPR Fasa 2

Kategori Isi Rumah < RM2,500
  • 0 -1 Anak: RM400
  • 2 Anak ke atas: RM400
Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
  • 0 -1 Anak: RM300
  • 2 Anak ke atas: RM300
Kategori Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
  • 0 – 1 Anak: RM100
  • 2 Anak ke atas: RM250
Bujang < RM2,500
RM200

Jadual Rasmi Pembayaran BPR 2021

Maklumat penuh mengenai pembayaran BPR Fasa 2 anda boleh KLIK SINI

Semakan Status Kelulusan BPR

Semakan boleh dibuat di laman web BPR di pautan https://bpr.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan rayuan BPR, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di
LHDNM: 1-800-88-2741 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
SUMBER: Bantuanrakyat, BernamaTV