TERKINI : Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan

Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.

TERKINI : Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan
Chow Kon Yeow – Ketua Menteri Pulau Pinang (Sumber Gambar: Google)

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata BKKA itu diberikan sebagai tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri.

Bonus Setengah Bulan Gaji Minimum RM1,200 Dibayar 15 Mac Ini

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi berkata, BKKA itu akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggar membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri meluluskan BKKA untuk tahun ini iaitu sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai penghargaan kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:—————————

———————————————————

Bantuan Diperluaskan Kepada PBT, Guru KAFA

“Dalam pada itu, BKKA ini turut diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing,”

Kon Yeow juga memaklumkan, serentak dengan itu juga, BKKA sebanyak RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Beliau juga berkata, bantuan khas itu juga akan dibayar kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

SUMBER: Berita Harian

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.