Cara Renew Passport Secara Online

Sehingga kini masih ramai lagi yang tidak tahu cara untuk renew passport secara online. Jika dahulu, semua urusan perlu di buat di kaunter pejabat cawangan imigresen berdekatan. Sekarang semuanya boleh di buat secara atas talian sahaja dan ia menjimatkan masa tanpa perlu beratur lama di kaunter.  Untuk pengetahuan anda, kadar tempoh bagi sebuah Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah selama lima tahun. Anda juga kena pastikan jika ingin pergi ke luar negara, tempoh sah laku pasport kena melebihi 6 bulan dari tarikh untuk pulang.  Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk renew pasport secara online

Sehingga kini masih ramai lagi yang tidak tahu cara untuk renew passport secara online. Jika dahulu, semua urusan perlu di buat di kaunter pejabat cawangan imigresen berdekatan. Sekarang semuanya boleh di buat secara atas talian sahaja dan ia menjimatkan masa tanpa perlu beratur lama di kaunter.

Untuk pengetahuan anda, kadar tempoh bagi sebuah Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah selama lima tahun. Anda juga kena pastikan jika ingin pergi ke luar negara, tempoh sah laku pasport kena melebihi 6 bulan dari tarikh untuk pulang.

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk renew pasport secara online

Cara Renew Passport Online

Untuk renew pasport secara online, Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan sistem MyOnline Passport.

  1. Layari Portal MyOnline Pasport di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
  2. Klik Setuju
  3. Isikan maklumat yang diperlukan, pilih pejabat pengutan dan klik Carian

  • Sila baca Peringatan dan klik Setuju


  • Pastikan gambar pasport sesuai dan klik setuju

  • Muatnaik gambar dan klik kotak persetujuan pengakuan dan Teruskan kepada bayaran


  • Buat pembayaran melalui, FPX, kad debit atau kad kredit

  • Simpan resit bayaran dan transaksi. Cawangan kutipan, tarikh dan masa kutipan akan ditunjukkan dalam slip resit


  • Hadir ke cawangan kutipan pada masa yang ditetapkan. Pastikan bawa bersama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Untuk pemohon bawah 18 tahun, sila bawa kad pengenalan penjaga dan surat beranak


Semakan Status Permohonan Passport Online

Berikut adalah cara untuk menyemak status permohonan pasport online:


Waktu Pengambilan Passport

Untuk pengambilan pasport bagi permohonan pembaharuan secara online adalah seperti berikut:

  • Rujuk tarikh dan masa di cetakan slip resit
  • 1 Jam selepas bayaran pada hari bekera (8 pagi – 4 petang)
  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama
  • Permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya



Info Penting

Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas 3 bulan daripada tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Permohonan bahari mengikut proses biasa beserta bayaran hendaklah dikemukakan.

Pasport yang hilang atau rosak tidak dibenarkan diperbaharui secara atas talian.


Permohonan Gantian Passport Melalui Kaunter

Untuk permohonan penggantian passport melalui kaunter:

  • Baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam pasport lama akan dimasukkan ke dalam pasport baru dengan syarat bukan kes hilang / rosak atau bukan kes dalam siasatan
  • Dokumen yang diperlukan sama seperti permohonan kali pertama
  • Pemohon perlu membawa pasport Malaysia terakhir yang digunakan

Passport Hilang atau Passport Rosak

Untuk permohonan penggantian passport yang hilang atau rosak, ia boleh dikemukakan dimana-mana pejabat Imigresen dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Laporan polis (kes hilang)
  • MyKad / MyKid Pemohon
  • Sijil lahir dan Mykad ibu/bapa (pemohon bawah 18 tahun)
  • Jika tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan
  • Borang Soal Selidik (IM42c)
  • Salinan PMA Terdahulu (jika ada)
  • Sijil nikah atau surat cerai (pemohon bawah 18 tahun jika telah bercerai)
  • Surat pengesahan majikan yang bertugas luar negara (jika berkaitan)
  • Sijil Perakuan Cemas dan laporan dai pintu masuk (jika berkaitan)
  • Sijil dari bomba bagi kes kebakaran
  • Surat dari Majlis Berkuasa Tempatan bagi kes bencana alam

Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang / rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

Kehilangan pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian

Permohonan Passport Kali Pertama

Untuk permohonan pasport kali pertama, pemohon hendaklah:

  • Hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne, dan Jakarta TIDAK PERLU membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.