Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Umum diketahui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai banyak jawatan ataupun pangkat.

Setiap pangkat ini mempunyai skop kerja dan tanggungjawab yang berlainan.

Oleh itu, kami kongsikan kepada anda senarai pangkat pdrm dan istilah yang digunakan.

Skop Kerja PDRM

Berikut dikongsikan skop kerja Polis Diraja Malaysia secara keseluruhannya seperti yang telah dinyatakan dalam Seksyen 20 Akta Polis:

  • menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  • memproses risikan keselamatan;
  • menjalankan pendakwaan;
  • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  • mempamerkan maklumat;
  • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  • menjaga ketenteraman didalamnya dan
  • mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

NOTA: Senarai tugasan di atas telah diperolehi dari laman web rasmi PDRM namun tugas setiap anggota polis yang lebih spesifik ditentukan oleh pangkat atau jawatan yang disandang oleh mereka.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Jabatan Utama Dalam PDRM

Berikut adalah jabatan utama yang terdapat dalam PDRM:

  • Jabatan Pengurusan,
  • Jabatan Siasatan Jenayah,
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
  • Jabatan Sumber Logistik dan Teknologi,
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA),
  • Cawangan Khas,
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis.

Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia

PDRM mempunyai 17 peringkat pangkat polis yang dibahagikan kepada 2 kategori:

  • Kumpulan Pegawai Kanan Polis: Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis
  • Kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

Istilah yang digunakan dalam pangkat polis:

Kumpulan Pegawai Kanan Polis

  • Inspektor Jeneral Polis (IG)
  • Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
  • Komisioner Polis (CP)
  • Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  • Asisten Komisioner Polis (ACP)
  • Superitenden Polis (SUPT.)
  • Deputi Superintenden Polis (DSP)
  • Asistan Superitenden Polis (ASP)
  • Inspektor (INSP)
  • Inspektor Percubaan (P/I)

Kumpulan Pegawai Rendah Polis

  • Sub-Inspektor (SI)
  • Sarjan Mejar (SM)
  • Sarjan (SJN)
  • Koperal (KPL)
  • Lans Koperal (L/KPL)
  • Konstabel (KONST)
Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia
Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Barisan Kepimpinan Polis Diraja Malaysia

Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Barisan Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Untuk paparan yang lebih jelas, sila layari pautan Portal Rasmi PDRM

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.