Tukar Secara Online : Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah KWSP

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang beragama islam tidak tahu mengenai kewujudan akaun syariah KWSP telah pun diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi.

Apa beza akaun konvensional dan akaun patuh syariah yang diperkenalkan oleh KWSP? Ketahui dengan lebih lanjut dengan penjelasan di bawah.

ANDA MUNGKIN BERMINAT:

Akaun Simpanan Syariah KWSP, Apa Tu?

Simpanan Syariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Syariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Syariah.

Konsep Akaun Syariah KWSP

Konsep yang diguna pakai dalam akaun simpanan syariah KWSP adalah :

  • Pelaburan yang beretika jauh dari pelaburan dalam sektor yang melibatkan perjudian, penipuan, alkohol, hiburan dewasa.
  • Aset pelaburan anda akan melalui proses saringan syariah berdasarkan kriteria dan garis panduan syariah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah(JKPS) bagi menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian dalam kontrak), maisir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak halal.

Wajib Tukar Akaun Konvesional Kepada Akaun Syariah KWSP?

Bagi yang beragama islam, adalah menjadi kewajipan untuk mencari sumber rezeki dari pada yang halal dan jauh dari segala elemen yang meragukan serta yang jelas haram. Akaun Syariah KWSP ini juga :

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Memudahkan ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal dari simpanan KWSP ahli untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
akaun syariah kwsp
akaun syariah kwsp

Dan bagi Non-Muslim yang menukar akaun kepada akaun syariah KWSP pula :

  • Ahli yang bukan beragama Islam boleh melakukan penukaran akauan konvensional kepada akaun patuh syariah.
  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.


Cara Tukar Secara Online Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah KWSP

Ahli perlu mendaftar i-Akaun terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan penukaran Akaun Simpanan Syariah dilakukan secara online. Caranya :

Langkah 1

Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

Langkah 2

Tekan pada tab Simpanan Shariah

Langkah 3

Mendaftar nombor telefon bimbit untuk penerimaan TAC

Nota penting : Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

akaun syariah kwsp
akaun syariah kwsp

Perbezaan Akaun Konvensional & Akaun Syariah KWSP

Simpanan ShariahSimpanan Konvensional
KeahlianSemua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
Akad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahTidak berkenaan
Kadar dividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh SyariahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus SyariahTidak berkenaan
Pertukaran akaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasaAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Duit KWSP Wajib Disucikan/Zakat

Berikut adalah cara bagaimana pihak KWSP menyucikan duit simpanan anda :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai penukaran Akaun Simpanan Konvensional KWSP kepada Akaun Syariah KWSP , anda boleh terus ke kaunter pejabat KWSP berdekatan dengan anda. Sila bawa :

  • Kad Pengenalan – Warganegara Malaysia
  • Passport – Bukan Warganegara

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana tarikh kuatkuasa ditentukan?

1. Selepas pendaftaran Simpanan Shariah, ahli akan menerima makluman tarikh kuat kuasa akaun Simpanan Shariah.

2. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Januari pada tahun selepas pendaftaran dibuat tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Lembaga.

3. Ahli yang gagal mendapatkan tarikh kuat kuasa kerana ketidakcukupan peruntukan dana atau pendaftaran selepas tarikh akhir tahunan, perlu menunggu peruntukan dana syariah seterusnya.

Bolehkah ahli KWSP mempunyai dua akaun KWSP – Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah?

Tidak, ahli KWSP hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah.

Bagaimana kadar dividen Simpanan Shariah dijana?

Dividen bagi Simpanan Shariah dijana berdasarkan pendapatan nyata pelaburan patuh Syariah mengikut bahagiannya di dalam portfolio pelaburan syariah dan pendapatan, bukan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan.

Jumlah pendapatan nyata bersih ini kemudiannya dibahagikan dengan amaun yang diperlukan untuk setiap satu (1) peratus dividen bagi Simpanan Shariah. 

Mengapakah Simpanan Syariah tidak didaftar secara automatik oleh pihak KWSP untuk semua ahli beragama Islam?

Dari segi syariah, bagi menyempurnakan sesuatu akad, ianya perlu dilaksanakan dengan kerelaan dan persetujuan bersama ke atas terma dan syarat.

Bagi Simpanan Syariah, akad yang digunapakai adalah akad wakalah di mana ahli melantik Lembaga KWSP sebagai wakil dan pemegang amanah untuk menguruskan simpanannya mengikut syariah dan undang-undang.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.