Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Salah satunya melalui inisiatif yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua.

Antara inisiatif tersebut adalah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)
YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (Belanjawan 2024)

Anda Mungkin Berminat:

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Berdasarkan Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua, Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang akan disalurkan sebelum Ramadan.
  • Bantuan SARA diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan selama 12 bulan.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini boleh rujuk dalam intipati Belanjawan 2024

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.