Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah juga dikenali sebagai STR Tambahan diperkenalkan pada tahun ini (2023) dengan mengkreditkan RM100 sebulan untuk tempoh 6 bulan ke dalam MyKad 200 ribu penerima STR.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk membeli keperluan asas dengan menggunakan MyKad.

Dengan mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan telah memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Inisiatif ini hasil daripada penyasaran semula subsidi yang membolehkan Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)
YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (Belanjawan 2024)

Anda Mungkin Berminat:

STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah 2024)

Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua, pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Peruntukan STR juga meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Jumlah Bayaran STR 2024

  • Kadar maksimum STR untuk isi rumah meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang akan disalurkan sebelum Ramadan.
STR 2024

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR)

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam belanjawan 2024, Sumbangan Asas Rahmah akan diluaskan kepada 700 ribu penerima STR.

Sebanyak RM100 sebulan akan diberikan selama 12 bulan berbanding sebelum ini hanya 6 bulan

Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
InfoGrafik Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini boleh rujuk dalam intipati Belanjawan 2024

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah Kadar Bayaran STR 2024?

Berikut adalah kadar bayaran yang telah diumumkan:
– Isi Rumah: RM3,700
– Bujang: RM500

Bilakah Tarikh Permohonan STR 2024?

Permohonan akan dibuka seawal November 2023 serta permohonan juga akan dibuka sepanjang tahun 2024

Bilakah Pembayaran Fasa 1 STR 2024?

Pembayaran Fasa 1 akan bermula sebelum Bulan Ramadan

Berapakah Kadar Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)?

Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024 berjumlah RM1,200 yang akan diberikan selama 12 bulan (RM100 x 12 Bulan)

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Sementara itu, bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada AnakRM400
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM900
> 5 AnakRM1,200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM300
3 – 4 AnakRM400
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM300
Bujang 21 – 59 TahunRM200
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM200
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4

  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat bermula pada NOVEMBER 2023
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.