10 Negara Paling Selamat Untuk Wanita Travel

10 Negara Paling Selamat Untuk Wanita Travel Solo

Baru-baru ini, media tempatan dan juga antarabangsa banyak melaporkan tentang sebuah kes jenayah yang menimpa ke atas seorang wanita yang mengembara bersama suaminya.

Ini telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat terutamanya wanita. Sedar akan kepentingan keselamatan diri dan keluarga, adalah wajib kita tahu negara mana yang selamat untuk dikunjungi untuk menciptakan kenangan indah sama ada sendiri mahupun dengan pasangan.

Sejak kebelakangan ini juga, banyak kita lihat di media sosial wanita ramai yang mula beranikan diri untuk mengembara ke luar negara secara sendirian/solo. Namun, para pengembara haruslah membuat homework serta kajian ke negara yang ingin dikunjungi terlebih dahulu.

Antara ciri-ciri negara paling selamat untuk dikunjungi ialah :

  • Selamat untuk berjalan malam
  • Penindasan ataupun pilih kasih antara jantina
  • Kekerasan terhadap wanita
  • Peratusan kes bunuh
  • dan lain-lain

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diambil kira jika seseorang terutamanya wanita bila mula melakukan perancangan pengembaran serta melancong ke luar negara.

Senarai Negara Paling Selamat Untuk Wanita Travel Solo

1. SEPANYOL

Sepanyol adalah negara yang selamat untuk pengembara wanita kerana mempunyai kadar jenayah yang rendah, terutamanya keganasan seksual. Sepanyol juga mempunyai budaya yang mesra dan terbuka, di mana wanita dihormati dan diberi kebebasan untuk berpakaian dan bersikap seperti yang mereka suka.

Sepanyol menawarkan pelbagai tarikan pelancongan, seperti bandar-bandar bersejarah, keindahan alam semulajadi serta seni bina yang menakjubkan.

Sepanyol juga mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap dan mudah digunakan. Ini membolehkan pengembara terutamanya wanita untuk bergerak dengan mudah dan selamat di seluruh negara tersebut.

Ketenangan di stesen kereta api Madrid Atocha
Ketenangan di stesen kereta api Madrid Atocha

TENGAH TRENDING:—————————
PADU – 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Daftar

2. SINGAPURA

Singapura mempunyai undang-undang yang ketat dan penguatkuasaan yang cekap untuk mengekang jenayah serta keganasan. Pengembara terutamanya wanita akan merasa lebih tenang dan terlindung di bawah sistem keselamatan di Singapura.

Selain itu, Singapura antara negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan mudah diakses berbanding negara lain. Ini membuatkan para pelancong, pengembara terutamanya wanita boleh bergerak dengan mudah dan cepat di seluruh negara tersebut tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan teksi atau kereta sewa.

Singpura negara paling selamat untuk dikunjungi waktu malam
Singpura selamat untuk dikunjungi waktu malam

3. IRELAND

Ireland mempunyai kadar jenayah yang rendah berbanding dengan kebanyakan negara Eropah yang lain menjadikan ianya salah satu negara paling selamat untuk dikunjungi. Budaya masyarakat Ireland yang mesra dan terbuka.Penduduk negara tersebut sangatlah ramah dan suka menolong tidak mengira sama ada anda pelancong mahupun orang tempatan.

4. AUSTRIA

Bagi kebanyakan pelancong dan juga pengembara, mengembara ke negara Austria ibarat mengembara ke syurga. Ini kerana kadar jenayah serta keganasan seksual di negara tersebut antara yang paling rendah di dunia ini menjadikan Austria negara paling selamat untuk dilawati oleh pelancongan terutamanya golongan wanita.

Austria juga mempunyai budaya yang mesra kepada pelancong dan terbuka, di mana pengembara terutamanya wanita boleh merasai kepelbagaian dan keharmonian antara pelbagai etnik, agama dan gaya hidup di sana.

5. SWITZERLAND

Negara Switzerland merupakan negara yang menguatkuasakan undang-undang mereka dengan tegas. Ini membuatkan negara tersebut mempunyai kadar jenayah yang rendah. Menurut index kadar jenayah antarabangsa, negara Swtizerland merupakan negara ketujuh paling selamat untuk didiami.

Dan menurut cerita para pelancong yang pernah ke negara tersebut, pejalan kaki jika ingin melintas jalan kereta berhenti untuk memberi laluan tanpa lampu isyarat.

6. PORTUGAL

Portugal masuk ke dalam senarai ini bukan sahaja kerana negara tersebut selamat untuk dilawati juga kerana keindahan bandar-bandar lamanya yang sangat berseni.

Masyarakat Portugal sangat terbuka dengan budaya luar. Mereka juga mengalu-alukan kedatangan pelancongan dari negara lain. Orang-orang di sana sangat ramah dan menghormati pelancong tidak seperti negara lain yang mengangap pelancong sebagai satu gangguan.

TENGAH TRENDING:—————————
Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya!

7. NORWAY

Adalah tidak mengejutkan bahawa negara Norway masuk dalam senarai negara paling selamat untuk dikunjungi oleh wanita. Bayangkan di bandar utama negara tersebut seperti Oslo dan Stavanger, kadar jenayah di sana teramatlah rendah.

Kemudahan pengangkutan awam bukan satu masalah. Para pengembara dan pelancong wanita tidak perlu risau kerana pengangkutan awam di sana antara yang efisen serta mudah diakses berbanding negara Eropah yang lain.

8. KANADA

Negara Kanada merupakan negara yang kuat mengadvokasi tentang hak-hak wanita serta keselamatan wanita. Diantara kebanyakan negara-negara Amerika Utara, negara Kanada merupakan negara yang paling selamat untuk dilawati oleh wanita.

Berbanding negara benua Amerika yang lain, rakyat negara Kanada sangat ramah, dan kalau marah pun mereka masih sopan.

9. CROATIA

Negara yang mempunyai cuaca Mediterranean ini sangat selesa untuk dikunjungi. Negara paling selamat untuk pengembara wanita kerana mempunyai kadar jenayah yang rendah, budaya yang mesra dan pelbagai tarikan pelancongan.

Pengembara dan pelancong wanita dapat menikmati keindahan alam semula jadi, sejarah, seni bina dan makanan Croatia tanpa bimbang tentang keselamatan mereka.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan serta nasihat daripada penduduk tempatan yang ramah, sopan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

10. POLAND

Poland merupakan negara yang selamat untuk para pelancong kerana negara ini mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem keselamatan awam yang baik, serta budaya yang mesra dan sopan terhadap pelancong yang datang mengunjungi.

Negara Poland juga menawarkan pelbagai tarikan pelancongan, seperti bandar-bandar bersejarah, taman-taman semula jadi, dan seni bina yang menarik, yang boleh dinikmati oleh pengembara wanita tanpa bimbang.

Di sini, sistem kesihatan mereka adalah antara yang berkualiti, yang boleh diakses oleh pelancong serta pengembara terutamanya wanita sekiranya mereka memerlukan rawatan kecemasan atau pencegahan.

Poland juga merupakan salah satu negara paling murah di Eropah, ini menjadikan Poland sebagai sebuah destinasi yang sesuai untuk pengembara wanita yang mempunyai bajet terhad atau ingin mengembara secaara bajet

Perkara Yang Perlu Diambil Berat Jika Ingin Melancong Sendirian

1. Kadar Jenayah

Pastikan kadar jenayah negara yang anda ingin lawati adalah rendah. Kadar jenayah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan anda, terutama jika anda yang pertama kali ke negara tersebut dan tidak biasa dengan tempat atau budaya setempat.

Kadar jenayah juga dapat memberi kesan dari kos tambahan untuk pelancong, seperti insurans, perlindungan peribadi, atau pampasan sekiranya anda menjadi mangsa keganasan atau kecurian.

2. Pengangkutan Awam

Negara yang mempunyai sistem engangkutan awam yang tidak mencukupi atau tidak efisien di sesetengah destinasi akan menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan melawat ke tempat menarik.

Di sesetengah negara, pengangkutan awam yang disediakan mungkin tidak selamat atau selesa untuk diguna pakai terutamanya jika anda berhadapan dengan kepadatan, kekurangan pengawasan, kebersihan atau kualiti perkhidmatan yang rendah.

3. Budaya

Budaya masyarakat tempat melancong mungkin berbeza daripada budaya sendiri, dan perlu dihormati dan difahami. Jadi sila buat kajian mengenai negara yang anda ingin lawati.

Perbezaan budaya terkadang boleh menyebabkan salah faham diantara pelancong dan juga masyarakat tempatan dan seterusnya menimbulkan konflik, atau kesulitan komunikasi jika tidak bersedia.

Menyedari mengenai perbezaan budaya masyarakat tempatan ketika melancong merupakan pengalaman yang mahal. Disamping menikmati keseronokan melancong, anda juga dapat menambah pengetahuan mengenai budaya lain.

IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.