Ini Sebab Kenapa Perlu Daftar PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Ini Antara Sebab Kenapa Perlu Daftar PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah sebuah pangkalan data yang selamat dan komprehensif ke arah pendigitalan dan penghasilan analitik yang tepat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah yang meliputi warganegara nda pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Untuk pengetahuan anda, PADU adalah berlainan dengan ID Digital Nasional (IDN).

PADU adalah pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN adalah pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Baca Juga: STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Kenapa Perlu Daftar PADU ? ini Kepentingannya!

Objektif & Matlamat

Berikut adalah objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Maklumat penubuhannya adalah untuk:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
Kenapa Perlu Daftar PADU ? ini Kepentingannya!

Kepentingan Daftar PADU

Dengan mendaftar dan membuat kemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama, anda dapat memastikan yang anda tidak akan tercicir daripada menerima bantuan, subsidi bersasar atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh 3 bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 membolehkan kerajaan untuk memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, adalah digalakkan untuk mendaftar dan membuat kemaskini bagi memastikan tiada berlakunya keciciran daripada mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kelak.

Cara Membuat Pendaftaran

Cara membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama boleh rujuk DI SINI

Sekiranya ketika membuat pengesahan identiti gagal, anda hanya perlu ikuti 3 langkah ini DI SINI

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran dibuka bermula 3 Januari sehingga 31 Mac 2024.

Untuk penjawat awam, diminta untuk membuat kemaskini maklumat selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh layaran laman rasmi Sistem Pangkalan Data Utama.

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.