PADU – 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Daftar & Cara Mendaftar

1. Apa itu PADU?

PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya.

Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza.

ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan.

2. PADU Memudahkan Rakyat Mendapat Bantuan

Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.

Contohnya, maklumat mengenai pendapatan anda akan seiring dengan maklumat percukaian. Dan anda hanya perlu lakukan pengesahan mengenai maklumat tersebut seterusnya memudahkan kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan seperti STR, MySara, Bantuan Lesen tanpa perlu mengisi maklumat diri berulang kali.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

3. Bila Perlu Daftar

Anda boleh melakukan pendaftaran PADU bermula 3 Januari 2024 sehinggalah 31 Mac 2024 ini. Dan bagi mereka yang tidak mendaftar sebelum tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan berkemungkinan besar akan tercicir dan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan, lesen dan segala subsidi dari kerajaan.

Ini kerana kerajaan pada tahun ini sedang dalam proses membuat bantuan dan subsidi secara bersasar. Hanya mereka yang layak dan memenuhi kriteria sahaja akan mendapat bantuan.

4. Matlamat PADU

Dengan adanya sistem pangkalan data yang menyeluruh, kerajaan akan membuat perancangan ekonomi, dan penggubalan dasar-dasar negara yang lebih tepat dan menyeluruh.

Kerajaan juga dapat menyampaikan segala bentuk bantuan dengan lebih telus dan cekap kepada rakyat dalam masa yang sama dapat memantau kesan dan hasil daripada bantuan tersebut seterusnya dapat menjimatkan pendapatan negara.

5. Cara Daftar PADU

Anda boleh melakukan pendaftaran melalui dua cara. Iaitu secara online dan juga di kaunter. Untuk pendaftaran secara online, anda kena sediakan telefon pintar dan kad pengenalan anda.

1. Sila layari www.padu.gov.my kemudian pergi ke bahagian bawah untuk tekan butang ‘daftar sekarang’

2. Isi nama penuh, nombor kad pengenalan dan poskod tempat tinggal seperti yang tertera dalam kad pengenalan anda.

3. Kemudian isi nombor telefon bimbit yang masih aktif serta emel anda.

4. Anda akan mendapat OTF(One Time Password) 6 angka di nombor telefon anda tadi

5. Isi OTP(One Time Password) ke dalam kotak sebagai pengesahan.

6. Apabila peranti anda sudah didaftarkan, cipta password(kata laluan) yang sesuai untuk akaun PADU anda.

7. Kata laluan anda hendaklah sekuarang-kurangnya 8 huruf yang mempunyai huruf besar dan kecil serta nombor dan juga simbol. Contoh : !_?@&()

8. Anda kemudiannya diminta untuk mengimbas QR menerusi telefon pintar untuk proses pengesahan eKYC.

9. Anda akan diminta untuk mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang, serta gambar selfie wajah anda.

10. Pendaftaran telah selesai, anda boleh melakukan kemaskini maklumat peribadi anda.

Pendaftaran Melalui Kaunter

Kerajaan sedia maklum bahawa tidak semua orang mempunyai akses kepada internet laju terutama dikawasan kampung dan pedalaman. Maka anda juga boleh melakukan pendaftaran secara manual di kaunter.

Tempat daftar PADU :

1. Pejabat Daerah
2. Pusat Ekonomi Digital
3. Pusat Internet Desa
4. Premis Agensi Kerajaan Negeri/Pusat


Dokumen yang anda perlu bawa untuk pendaftaran di kaunter :

1. Kad pengenalan serta salinan depan & belakang
2. Maklumat Bank
3. Pendidikan Tertinggi
4. Maklumat Pekerjaan
5. Maklumat Pendapatan
6. Maklumat Komitmen(pinjaman bank, kereta, rumah dan sebagainya)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PADU, anda boleh layari di https://padu.gov.my/ atau sila hubungi 1800-88-7720 ataupun 1800-88-7721

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.