Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP) gagal kredit? LHDN beritahu cara untuk selesaikan

 


Bagi mereka yang belum menerima Geran Khas Prihatin Tambahan, diminta untuk membuat penyemakan status serta merta. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan sebarang keciciran pengkreditan kelak. 

GKP Tambahan PERMAI ialah bantuan kewangan one-off yang diberikan kerajaan sebanyak RM1,000 kepada usahawan PKS dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 yang lalu.


Keadaan ini juga termaktub kepada mereka yang mempunyai status lulus, namun terdapatnya masalah seperti gagal kredit. Oleh itu, anda diminta untuk membuat pengemaskinian maklumat terutamanya maklumat akaun bank yang terkini. 

Mari lihat cara-cara pengemaskinian akaun dan penyemakan status Geran Khas Prihatin Tambahan di bawah:- 

SEMAK STATUS DAN KEMASKINI AKAUN ANDA

PENTING: PENGEMASKINIAN AKAUN DAN STATUS PERLU DIBUAT SECARA TALIAN SAHAJA!

Sila kemaskini akaun dan status anda di laman web yang tersebut :- 

PORTAL GERAN KHAS PRIHATIN


CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS

Untuk membuat semakan status GKP Tambahan PERMAI, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Masukkan no. kad pengenalan.
  • Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  • Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  • Keputusan GKP Tambahan akan dipaparkan.

Semak syarat-syarat kelayakan anda disini:- 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

CARA UNTUK KEMASKINI AKAUN BANK

Untuk mengemaskini akaun bank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  • Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  • Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Masukkan kata laluan.
  • Klik profil dan kemaskini akaun bank.

TEMPOH MASA KEMASKINI  

5 – 19 MEI 2021

INFO TAMBAHAN

Untuk sebarang maklumat mengenai Geran Khas Prihatin Tambahan ini, anda bolehlah menghubungi Hasil Care Line di talian :- 

03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan kepada anda. Mudah-mudahan dengan bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini akan membantu anda bagi meringkan beban komitmen dan lain-lain.  Terus berusaha dan maju jaya! 

Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak