PEMULIH: Senarai Penuh Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi

PEMULIH atau Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi adalah satu inisiatif yang di ambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan nilai keseluruhan bantuan berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fizkal kerajaan sebanyak 10 billion.

Bantuan ini dilaksanakan dengan tiga tujuan iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi

MENERUSKAN AGENDA PRIHATIN RAKYAT

Melalui agenda prihatin rakyat, kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai sehingga hujung tahun ini dengan jumlah 10 billion ringgit.

Bantuan Prihatin Rakyat

Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan julai dan tarikh pembayaran akan bermula pada 29 Julai nanti.

Manakala BPR fasa 3 dengan kadar bantuan RM100 hingga RM1,400 akan mula dibayar pada september nanti. Ini juga melibatkan pembayaran ke atas pemohon yang lulus rayuan BPR

Bantuan Khas COVID-19

Bantuan Khas COVID-19 adalah bantuan yang akan diberikan kepada rakyat sehingga hujung tahun 2021. Bantuan ini akan melibatkan isi rumah dan individu dengan beberapa kategori iaitu miskin tegar, B40 & M40 dengan jumlah bantuan sehingga RM1,300.

Bantuan Hilang Pendapatan

Bantuan ini khusus kepada individu yang kehilangan pendapatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM500

Memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada yang bukan pencarum PERKESO dengan elaun sebanyak RM300 dengan mendaftar di platform MYFutureJobs

Melaksanakan Inisiatif Place and Train

Inisiatif ini dijangka akan membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latiham kemahiran dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

MDEC juga akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebiih 20 ribu pencari kerja dalam ekonomi gig.

Bantuan Bakul Makanan

Kerajaan akan memperuntukkan 300 ribu ringgit kepada setiap ahli parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas

Kawalan Harga Barang Perlu

– Mengekalkan harga runcit petrol RON95, diesel, dan LPG

– Mengawal harga minyak masak botol agar tidak melebihi RM30 sebotol
– Harga minyak masak pek polibeg 1KG kekal pada RM2.50

Memperluaskan Sokongan Psikososial

Peruntukkan 15 juta ringgit akan diberikan kepada badan-badan bukan kerjaan (NGO) dalam menangani isu-isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan, dan masalah sosial yang di peringkat komuniti

_______________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

_______________________________________

Diskaun Bil Elektrik

Diskaun bil elektrik akan diberikan kepada rakyat selama 3 bulan bermula Julai ini yang berjumlah 346 juta ringgit.

Sektor ekonomi yang terjejas seperti hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan juga akan menerima diskaun bil elektrik dengan kos tambahan 1 billion ringgit

Bantuan Data Mudah Alih 

Bantuan Data Mudah Alih sebanyak 1GB sehari akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Penyediaan Bank Begerak

Bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan, Kerajaan akan menawarkan peruntukan sebanyak 18 juta ringgit untuk bank tempatan menyediakan kira-kira 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang bakal merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar


MENYOKONG PERNIAGAAN

Melalui fokus kedua ini, beberapa pendekatan akan ditambah baik antaranya mengurangkan kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan meneruskan insentif penggajian

Pelaksanaan GKP 4.0

Menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021
Pelaksanaan PSU 4.0
Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak 600 ringgit setiap pekerja selama tempoh empat bulan, iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN, dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti
tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih 4 ribu ringgit.
pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan akan diberi secara automatik kepada majikan yang tidak dapat beroperasi semasa PKP.
majikan daripada sektor-sektor yang baharu dirangkumi ekoran peluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001 akan diberikan pelanjutan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021
Penjana Kerjaya 3.0
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program ini dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan antaranya mengurangkan had kelayakan gaji daripada 1,500 ringgit kepada 1,200 ringgit untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan
tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan.

Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)
Meneruskan kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding dengan sasaran lebih 300 ribu peniaga mikro seperti peniaga bazar, pasar tani, pasar malam dan warung serta pengusaha kraf tangan untuk beralih ke perniagaan dalam talian dan menggunakan sistem e-tunai
Menambah peruntukan sebanyak 100 juta ringgit di bawah SME Digitalisation Grant bagi membolehkan usahawan PKS mendapat geran padanan sehingga 5 ribu ringgit untuk pembelian sistem atau langganan platform digital
Menggalakkan penyertaan PKS mikro menceburi platform e-dagang melalui program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui SKMM. Sehubungan itu, kerjasama strategik antara penyedia platform digital, syarikat telekomunikasi serta Pusat Internet Komuniti akan diperkasakan untuk membantu usahawan luar bandar terlibat dalam ekonomi digital
Memperkasa usahawan tani khususnya di luar bandar untuk menggunakan teknologi terkini di bawah Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian. Program ini yang akan dilaksanakan 15 melalui kerjasama MDEC dan Pertubuhan Peladang Kawasan akan mengenal pasti petani yang berpotensi untuk beralih ke platform teknologi baharu
Bantuan Untuk Penggiat Seni
Kerajaan akan memperuntukkan 100 juta ringgit dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan
Bantuan Kepada Taska Dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah 3 ribu ringgit kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan
Bantuan Kepada Pengusaha Kantin
Kerajaan bersetuju bantuan kewangan sebanyak 1 ribu ringgit diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar
Bantuan Kepada Pengusaha Industri Sukan
Kerajaan akan memberikan bantuan kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya turut terkesan dan mereka hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga PPN nanti. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada mereka
Bantuan Kepada Orang Kurang Upaya
Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan 500 ringgit seorang untuk tempoh tiga bulan bagi membantu golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja. Tidak tersedia untuk penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan. Sejumlah 20 juta ringgit diperuntukkan untuk tujuan ini dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40 ribu individu
Bantuan Kepada Usahawan MARA
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan mereka membuat permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan
MARA juga akan melanjutkan pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021
Bantuan Kepada Sektor PKS
Kerajaan akan meningkatkan lagi had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak 20 bilion ringgit menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 56.5 bilion ringgit
Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga komited dalam menyediakan akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS
Bantuan Kepada Perniagaan Mikro
program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga 1.1 bilion ringgit. Pembiayaan mudah ini akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional masing-masing berjumlah 500 juta ringgit, dan TEKUN sebanyak 100 juta ringgit
Bantuan Kepada Koperasi
Melalui program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi, usahawan boleh menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi, termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian serta menggalakkan pembelian barangan di kedai koperasi
Bantuan Kepada Sektor Pelancongan
Sebagai pendorong atau kick-start, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak, Kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar
Kerajaan juga telah bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai 20 pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini. Seterusnya, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, Kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan

Pelaksanaan i-Citra
bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli
Bantuan Kepada Peminjam Pendidikan
Bagi membantu para peminjam pendidikan, beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam PTPTN, JPA, MARA & PTPK
Bantuan Kepada Pemegang Polisi Insurans Dan Takaful
pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga
Bantuan Moratorium Kepada B40, M40, T20 Serta Usahawan Mikro
moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan

MENINGKATKAN VAKSINASI

Bagi mempercepat jadual pelaksanaan PICK, sejumlah 400 juta ringgit diperuntukkan untuk menambah bekalan vaksin negara. Ini bermakna, jumlah bekalan vaksin yang ditempah Kerajaan adalah cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

Kerajaan bersetuju untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 200 juta ringgit.

Kerajaan bersetuju untuk menyelaras kadar pembayaran elaun khas kepada 14 ribu barisan hadapan 26 kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada 200 ringgit kepada 600 ratus ringgit selama enam bulan bermula Julai 2021

MITI telah menyelaras Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS sebagai galakan kepada syarikat dan industri untuk menggunakan premis mereka sebagai PPV dan menjalankan program imunisasi kepada pekerja. Kerajaan akan menyediakan bekalan vaksin, manakala pihak syarikat atau kilang akan memudahcara urusan logistik yang berkaitan

Bagi Menggalakkan Pelaksanaan PIKAS:

  • Kerajaan bersetuju majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp), boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10 peratus bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin COVID-19
  • Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan. Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan COVID-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV
  • Kerajaan bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin

Bagi memastikan golongan rentan tidak terkecuali daripada mendapatkan suntikan vaksin, beberapa program di peringkat komuniti juga akan disegerakan. Antaranya, pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga 30 ringgit atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka