Lupa Kata Laluan BKM? Ini Anda Perlu Buat!

Ramai yang tidak dapat semak status di portal BKM kerana terlupa kata laluan. Jadi apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa kata laluan dan tidak dapat masuk ke portal BKM?  Berikut kami kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah ini.


Ramai yang tidak dapat semak status di portal BKM kerana terlupa kata laluan. Jadi apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa kata laluan dan tidak dapat masuk ke portal BKM?

Berikut kami kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Cara Membuat Semakan Status BKM

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Terlupa Kata Laluan

  • Buka portal BKM di
  • Klik pada pautan “terlupa kata laluan”
Jika mempunyai emel yang berdaftar:

  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Masukkan emek yang berdaftar pada permohonan BKM dan klik seterusnya
  • Semak emel dan log masuk semula ke BKM
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan dan set semula kata laluan baharu.
Jika tidak mempunyai emel yang berdaftar / emel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM / emel tidak sah:

  • Set semula kata laluan melalui emel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini


Tersilap Menjawab Soalan Keselamatan

Jika anda tersilap menjawab soalan keselamatan setelah 3 kali percubaaan diberikan dan keluar paparan mesej “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam“, id permohonan anda akan disekat dan anda hanya boleh log masuk semula ke BKM selepas 24 jam dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM


Terlupa Jawapan Bagi Soalan Keselamatan

Sekiranya anda terlupa bagi soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM.

Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula BKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh layari laman web BKM dan klik pada FAQ (soalan lazim)