Cukai Jualan 10 Peratus Ke Atas Barang Bernilai Rendah Bermula 1 Januari 2024

Cukai Jualan 10 Peratus Ke Atas Barang Bernilai Rendah

KUALA LUMPUR : Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi telah ditangguhkan oleh Jabatan Kastam pada Mac tahun ini.

Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6 Nov 2023, jabatan itu berkata pengenaan cukai jualan ke atas LVG akan bermula pada 1 Jan 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023.

JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan — tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok — yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Mereka yang menjual LVG di platform dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian LVG mesti mendaftar dengan JKDM jika jumlah nilai jualan LVG yang dibawa masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Secara berasingan, JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan LVG di portalnya bertarikh 3 Nov 2023.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang JKDM di http://www.customs.gov.my/en/pages/main.aspx

Sementara itu, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 8 Dis 2023, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022: Penetapan Tarikh Efektif Bagi Mengenakan dan Melevikan Jualan Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG) pada 4 Dis, 2023.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(3) Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 [AktaA1671], Menteri menetapkan 1 Januari 2024 sebagai tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan bagi barang bernilai rendah,” demikian menurut warta tersebut.

SUMBER: Awani

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Cukai Jualan 10 Peratus Hanya Untuk Produk Import

KUALA LUMPUR : Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Januari 2024 hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Cukai Jualan 10 Peratus Hanya Untuk Produk Import
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan Cukai Jualan 10 Peratus yang dikenakan ke atas barangan berharga bawah RM500 pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya.

Beliau berkata, ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

“Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia. Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.

“Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.

SUMBER: Harian Metro

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.